DUNIA

Polis Interpol selamatkan mangsa eksploitasi seks kanak-kanak ke-10,000

Polis Interpol selamatkan mangsa eksploitasi seks kanak-kanak ke-10,000


AFP - Gambar fail menunjukkan pintu masuk utama ibu pejabat Interpol di Lyon, timur Perancis.


LYON, Perancis – Kurang tujuh tahun selepas Interpol menubuhkan pangkalan data Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak Antarabangsa (ICSE), polis global itu mengenal pasti dan menyelamatkan mangsa kanak-kanak ke-10,000, katanya semalam.

Menggunakan pangkalan data di seluruh dunia, pasukan penyiasat Interpol menganalisis berjuta-juta gambar yang dijumpai dalam komputer suspek atau dikesan di internet.

Perisian canggih sistem komputer Interpol digunakan untuk membandingkan gambar dan klip video, membolehkan agensi itu mengenal pasti pesalah dan lokasi mereka.

“Skala jenayah ini mengejutkan. Ia menjadi lebih buruk kerana imej-imej ini dikongsi secara online di seluruh dunia dengan hanya menekan satu butang dan ia kekal ” kata Ketua Interpol, Juergen Stock.

“Setiap kali imej atau klip video ini dikongsi atau ditonton, kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa semula,” tambahnya.

Perkhidmatan polis di 49 daripada 190 buah negara anggota Interpol disambungkan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu ke pangkalan data ICSE. – AFP

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47