DUNIA

Jack Ma temui Trump

Jack Ma temui Trump


AP - Trump bersama Ma (kanan) keluar bersama-sama selepas pertemuan mereka di Menara Trump, New York pada Isnin lalu.


NEW YORK – Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma menemui bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan membentangkan rancangan gergasi e-dagang itu untuk membawa sejuta peniaga kecil AS menyertai platform onlinenya bagi meneroka pasaran China dalam tempoh lima tahun akan datang, kata seorang jurucakap Alibaba.

Konglomerat Alibaba Group Holding Ltd. menjangkakan inisiatif itu mampu mencipta sejuta peluang pekerjaan di AS apabila setiap syarikat berkenaan mengisi satu kekosongan, kata jurucakap Alibaba, Bob Christie menerusi wawancara telefon.

Alibaba sebelum ini menyatakan hasrat untuk membawa lebih banyak perniagaan kecil AS menyertai laman web syarikatnya namun, ini kali pertama Ma membincangkan matlamatnya secara terperinci. Trump dan Ma keluar bersama-sama selepas pertemuan mereka di Menara Trump, New York kelmarin.

Bakal presiden itu memberitahu pemberita bahawa mereka mengadakan ‘mesyuarat yang hebat’ dan akan melaksanakan perkara hebat bersama-sama.

Ma pula menggelarkan Trump sebagai ‘bijak’ dan ‘berfikiran terbuka.’

Beliau berkata, mereka berbincang kaedah untuk menyokong perniagaan kecil khususnya di kawasan Midwest seperti petani dan pengeluar pakaian kecil-kecilan dapat menembusi pasaran China secara langsung menerusi platform Tmall milik Alibaba yang menawarkan gedung maya serta portal bayaran kepada pedagang.

Kira-kira 7,000 jenama AS termasuk pemborong Costco Wholesale Corp. dan syarikat jualan pakaian Levi’s berniaga secara online dalam Tmall Alibaba, kata jurucakap sama.

Syarikat-syarikat itu memperoleh pendapatan AS$15 bilion (RM67.12 bilion) dalam jualan kepada pengguna di China pada tahun lalu, tambahnya. – Reuters

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 32