DUNIA

Lanun bunuh lapan nelayan Filipina

Lanun bunuh lapan nelayan Filipina


AP - SEBUAH bot pengawal pantai menghampiri bot nelayan yang hampir karam selepas diserang sekumpulan lanun di perairan dekat Bandar Zamboanga, selatan Filipina semalam.


MANILA – Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh lapan nelayan dalam kejadian serangan lanun di perairan berbahaya di selatan Filipina, kata seorang jurucakap pasukan pengawal pantai semalam.

Kejadian itu berlaku selepas pihak tentera diberi tempoh enam bulan untuk menamatkan ancaman militan di selatan Filipina termasuk yang dibuat ke atas beberapa kapal kargo.

Jurucakap berkenaan, Komander Armand Balilo berkata, sebuah bot nelayan Filipina bersama 15 kru sedang menangkap ikan di perairan Pulau Laud Siromon dekat Semenanjung Zamboanga malam kelmarin apabila mereka diserang lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot laju.

“Penyerang-penyerang melepaskan tembakan terhadap kumpulan nelayan ini,” kata Balilo.

Menurutnya, lapan mangsa terbunuh, manakala lima lelaki terjun ke dalam laut dan berenang ke sebuah pulau berdekatan.

Dua kru lain yang berada di dalam bot itu tidak dicederakan, tambahnya.

“Kami menganggap kejadian ini sebagai serangan lanun. Sekiranya penyerang merupakan kumpulan militan, nelayan-nelayan ini sudah diculik untuk mendapatkan wang tebusan,” jelas Balilo.

Katanya lagi, kumpulan penyerang itu melarikan diri dalam kegelapan malam, manakala dua kapal pengawal pantai dihantar ke kawasan itu untuk menjejaki mereka.

Pada bulan lalu, sebuah kapal kontena mematahkan serangan militan-militan Abu Sayyaf yang cuba menaiki kapal berkenaan untuk menculik krunya.

Sebelum ini, kumpulan militan kecil tetapi ganas, Abu Sayyaf aktif melakukan penculikan di perairan selatan Filipina.

Sehingga kini, Abu Sayyaf masih menawan kira-kira 24 tebusan termasuk warga Belanda, Jerman, Jepun, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. – Reuters

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 32