DUNIA

Laluan utama ke selatan Thailand lumpuh

Laluan utama ke selatan Thailand lumpuh


REUTERS - SEBUAH jambatan runtuh di Daerah Chai Buri dalam Wilayah Surat Thani, selayan Thailand kelmarin.


BANGKOK – Laluan darat ke kawasan-kawasan terjejas banjir di selatan Thailand lumpuh semalam selepas dua jambatan runtuh berikutan hujan lebat selama beberapa hari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang termasuk seorang budak perempuan berumur lima tahun.

Jumlah hujan bulan Januari paling lebat sejak tiga dekad lalu melanda selatan Thailand selama lebih seminggu, mengakibatkan 1.1 juta penduduk di 11 wilayah terjejas.

Musim tengkujuh yang tiba lewat itu turut menyebabkan kemuncak musim pelancongan di Thailand suram apabila banyak tempahan melibatkan destinasi popular seperti Koh Samui dan Phangan dibatalkan.

Pada pagi kelmarin, jalan utama menuju ke selatan Thailand, Lebuh Raya 4 ditutup di Wilayah Prachuab Kiri Khan, empat jam ke selatan Bangkok.

“Kami menghentikan semua lalu lintas selepas dua jambatan di Lebuh Raya 4 runtuh,” kata seorang jurucakap Jabatan Lebuh Raya kepada agensi berita AFP.

Selain jalan raya, perkhidmatan kereta api juga terhenti akibat air banjir yang semakin buruk.

Angka kematian akibat banjir kali ini terus meningkat sejak beberapa hari lalu ketika air bah mencecah bumbung kediaman di beberapa kawasan.

Seorang budak perempuan berumur lima tahun di Wilayah Prachuab menjadi korban terbaharu apabila banjir kilat menghanyutkan van yang dinaiki mangsa lewat kelmarin

“Keluarganya naik ke bumbung van tetapi dia dan ibunya terjatuh

“Mangsa dihanyutkan air banjir sebelum penduduk kampung menemui mayatnya pagi ini (semalam) pada jarak 200 meter dari lokasi kejadian,” kata serang pekerja bantuan, Rawiroj Thammee. – AFP

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 32