STAILO

Revolusi minda pereka fesyen baharu

Revolusi minda pereka fesyen baharu


CIRI rekaan yang bagus adalah siluet baharu yang belum pernah dilihat.


RAMAI pereka muda dan pelajar fesyen yang meminta nasihat supaya mereka lebih cemerlang dalam industri fesyen bagi tahun 2017.

Sehubungan itu, saya ingin kupaskan elemen-elemen utama dalam fesyen sebagai panduan mereka.

Fesyen adalah bidang yang memerlukan pelbagai kebolehan, bakat, kemahiran, pengetahuan luas dan aset.

Oleh itu, latar belakang pendidikan fesyen, dedikasi, kemahuan menghadapi apa jua cabaran dan rintangan adalah kunci kejayaan dalam bidang ini.

Pereka muda seharusnya memerhati dan mempelajari jalan yang telah dilalui oleh pereka-pereka berpengaruh tempatan serta luar negara dalam membina empayar fesyen mereka.

Pelajar fesyen juga perlu sentiasa berhubung dengan golongan profesional yang kreatif dan menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh memberikan bimbingan serta nasihat dalam mengembangkan kerjaya pelajar.

Selain itu, mereka perlu menghindari budaya plagiat yang berleluasa pada masa kini kerana ia membunuh kreativiti industri fesyen tempatan.

Ambil contoh pereka hebat antarabangsa, Rei Kawakubo berasal dari Jepun untuk label Comme Des Garcons atau Issey Miyake serta pereka dari negara Barat, Cristobal Balenciaga, Alexander McQueen dan Dries Van Noten yang menjadi trend ikutan global.

Kunci utama kejayaan seseorang pereka adalah kebijaksanaan dan kebolehan mereka untuk sentiasa relevan mengikut kehendak industri.

1 Antara perkara yang perlu ada pada pereka muda dan pelajar fesyen untuk berjaya dalam industri fesyen:

• Sabar, berfikiran terbuka, punyai sikap ingin tahu dan berani bereksperimentasi

• Disiplin, semangat terhadap fesyen, mempunyai visi dan strategi

• Perlu ada asas seni yang bagus, pengetahuan dalam seni kontemporari, budaya dan sejarah fesyen

• Kemahiran komunikasi yang bagus serta boleh bekerjasama

• Kebolehan mengenal pasti personaliti dan cita rasa pelanggan

• Sentiasa menepati waktu


PEREKA perlu peka dengan kehendak semasa.


2 Antara ciri-ciri rekaan fesyen yang bagus:

• Rekaan perlu sempurna dalam semua aspek teknikal seperti teknik dan kualiti jahitan, merangka pola, draping dan kemasan

• Siluet yang baharu, sesuatu yang belum pernah dilihat, penuh dengan elemen dan unsur budaya, seni, falsafah serta emosi

• Rekaan berkonsep tetapi pada waktu yang sama cukup kontemporari dan mempunyai nilai komersial

• Rekaan yang dapat menghiasi wanita dengan perasaan lebih bersemangat , menarik, memberikan kekuatan dan keyakinan

• Rekaan yang tidak keterlaluan dan tidak menunjuk-nunjuk

• Rekaan yang tidak menjerit tetapi masih cukup memikat dan menawan dengan nilai estetik yang asli serta kontemporari

3 Nasihat bagi pelajar fesyen supaya membuat transisi ke dunia profesional:

Pelajar seharusnya lebih banyak membaca untuk sentiasa sedar dengan apa yang berlaku dalam industri fesyen tempatan serta antarabangsa. Mereka juga perlu menjalani latihan praktikal atau bekerja yang boleh memberi peluang menimba pengalaman serta lebih dekat dengan industri fesyen.

Selain itu, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam aspek perniagaan dan pemasaran bagi memudahkan mereka memasarkan produk rekaan masing-masing.

4 Apakah yang akan berlaku pada industri fesyen dalam jangka masa tujuh atau 10 tahun akan datang? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelajar fesyen dan pereka muda dalam menghadapi arus perubahan ini?

Trend dan cita rasa sentiasa bertukar. Industri fesyen terlalu banyak saingan. Fesyen sebenarnya berkait rapat dengan masyarakat. Fesyen, gaya dan tren selalunya mencerminkan si pemakai.

Apa yang pasti, pembeli atau pelanggan kini lebih cerdik fesyen dan sentiasa mahukan yang terbaik daripada industri. Era digital menjadikan pembeli mempunyai pengetahuan yang lebih tentang arus fesyen terkini.

Pereka muda juga perlu melatih diri agar mengetahui kekuatan pasaran, mempertingkatkan atau memaksimumkan potensi industri serta menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.

Fesyen bukan hanya untuk tujuan glamor semata-mata tetapi ia sebenarnya merangkumi usaha gigih, kesabaran dan ketabahan serta ilmu pengetahuan dan kefahaman yang mendalam, bagaimana industri fesyen itu beroperasi, berubah serta berkembang.

5 Tidak dinafikan, ada pereka muda memandang ke Eropah sebagai sumber ilham rekaan mereka, adakah perkara ini wajar?

Segala inspirasi yang dicari terbentang luas di hadapan kita. Inilah waktunya untuk menghargai kekayaan warisan bangsa dan budaya sendiri.

Namun, pereka disarankan membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk lebih mendalami dan memahami segala perkara yang berkaitan terutamanya mengenai peradaban bangsa dan budaya.

Ini adalah untuk mengelak daripada mencemari imej warisan itu tanpa disedari. Apa yang pasti, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyumbang untuk perkembangan budaya bangsa.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 47