KOMUNITI KITA

200 pelajar gunting rambut percuma

200 pelajar gunting rambut percuma


AZHARI (tiga dari kiri) menggunting rambut para pelajar pada program Gunting Rambut Percuma anjuran UMNO Bahagian Shah Alam di Seksyen 17, Shah Alam baru-baru ini.


KHIDMAT. Seramai 200 pelajar mendapat khidmat gunting rambut secara percuma anjuran UMNO Bahagian Shah Alam di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, program tersebut diadakan bagi membantu ibu bapa dan penjaga kurang berkemampuan untuk memastikan anak mereka mempunyai rambut yang kemas untuk pergi ke sekolah.

“Program ini dapat menjimat perbelanjaan ibu bapa kerana caj menggunting rambut saja telah mencecah hingga RM10 seorang,” katanya.

Process time in ms: 79