GENK

Ekspo dagang buka peluang niaga lebih luas kepada usahawan

Ekspo dagang buka peluang niaga lebih luas kepada usahawan


NURUL HANA berpengalaman luas dalam penganjuran ekspo dagang dan pameran perniagaan.


KUALA LUMPUR – Para pemilik perniagaan perlu terus melakukan promosi secara berterusan terutamanya dengan melibatkan diri dalam karnival jualan atau ekspo dagang dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar kini.

Pengarah Urusan Global Pro Event, Nurul Hana Mayikhi berkata, karnival dan ekspo sebenarnya membuka peluang kepada pemilik perniagaan untuk berjumpa dengan prospek masing-masing.

“Zaman iklan dalam laman Facebook dan Instagram kini hampir tepu.

“Semua pemilik jenama melakukan perkara sama sehingga menjadikan kos pengiklanan laman sosial meningkat mendadak.

“Gunakan peluang ini untuk bertemu dengan pelanggan masing-masing dan tingkatkan keyakinan mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Perunding pengurusan acara itu berkata, kebanyakan syarikat menyasarkan untuk mencari untung dalam menyertai karnival tetapi itu bukanlah objektif utama dalam menyertai ekspo dagang.

Jelas Nurul Hana, peluang beramah mesra dengan prospek sebenarnya menambah kemesraan dan keserasian kerana banyak perkara boleh dibincangkan ketika bersemuka.

“Ekspo selalunya mempamerkan idea-idea terkini yang akan membantu pemilik perniagaan membina tawaran produk baru.

“Saya selalu berpesan kepada pelanggan agar belajar bagaimana pesaing mereka melariskan produk masing-masing,” katanya.

Objektif utama menyertai ekspo dagang adalah untuk mengutip pangkalan data atau prospek berkualiti tinggi memandangkan hanya pelawat berminat akan melawat.

“Jualan penting tetapi gunakan ekspo dagang sebagai platform untuk meningkatkan penjenamaan dan jadikannya medan untuk melatih tubi kekuatan pasukan jualan dalam menjana lebih banyak keuntungan,” katanya.

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 47