AURA JUITA

Keistimewaan fesyen Mardina Safiyya Hijab

Keistimewaan fesyen Mardina Safiyya Hijab


Sebanyak 14 pilihan warna ditawarkan kepada pengguna Mardina Safiyya Hijab.


Identiti merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan produk fesyen yang dihasilkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dalam hal ini, jenama Mardina Safiyya Hijab adalah satu daripada pemain dalam industri hijab tempatan yang mempunyai kelebihan itu.

Pengasas Mardina Safiyya Hijab, Mardina Safiyya Salleh berkata, syarikatnya menawarkan kelainan dari segi rekaan hijab kerana dia menyedari bahawa wujudnya ramai pemain dalam bidang tersebut di negara ini.

Menyifatkan situasi itu seperti cendawan tumbuh selepas hujan, katanya, mereka menghasilkan hijab yang memiliki karakteristik tersendiri seperti Raudhah Syari dan Hafeeza Syari.

“Produk kami dihasilkan khas untuk wanita yang ingin berhijrah tapi masih ingin kekal berfesyen. Rekaan hijab kami memastikan aurat pemakai ditutup dengan sempurna selain bersifat patuh syariah.

“Selain itu, kami turut mengeluarkan beberapa jenis pakaian pengantin lelaki dan wanita yang direka khas buat mereka yang mahukan pakaian untuk majlis perkahwinan dan pertunangan berkonsepkan Islamik.

“Set pakaian pengantin yang dinamakan Mardina Safiyya Bridal ini tidak memfokuskan pada pakaian pasangan raja sehari sahaja, bahkan turut menyediakan set lengkap pengapit yang juga bertemakan Islamik,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mardina Safiyya memberitahu, syarikatnya mempunyai empat koleksi khimar iaitu tudung dengan potongan labuh yang bersifat eksklusif dan moden iaitu Khimar Raudhah, Khimar Hafeza, Khimar Sufiyya dan Khimar Printed.

“Hijab yang paling laris ketika ini pula semestinya koleksi Raudhah Syari dan Hafeza Syari yang mempunyai permintaan luar biasa daripada pengguna. Ini kerana kedua-duanya mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri yang tiada di pasaran.

“Mengenai material pula, kami menggunakan kain sifon berkualiti tinggi. Ia sangat lembut dan selesa digayakan oleh pengguna dalam apa jua keadaan, malah mudah dibentuk.

“Ditambah pula dengan rekaan yang kami tawarkan menjadikan kain tersebut beralun bak bidadari sebaik saja digayakan,” katanya.

Berbicara mengenai potongan pula, Mardina Safiyya berkata, ia bergantung kepada rekaan dan projek yang diberi tumpuan pada satu-satu masa demi memenuhi permintaan para pengguna.

Beliau memberitahu, mereka mengeluarkan 14 warna pastel dan warna gelap yang kini menjadi trend dalam pasaran, dengan warna yang mendapat permintaan tertinggi daripada pengguna ialah off white, nude dan hitam.

Jelasnya, warna gelap sering menjadi pilihan pelanggan yang menunaikan ibadah umrah.

“Rekaan yang kami keluarkan amatlah sesuai digayakan oleh para wanita yang mementingkan aurat dan ketrampilan dalam berfesyen.

“Ia juga sesuai digayakan ketika menunaikan umrah, majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis makan malam, namun terdapat juga rekaan yang ringan dan bersahaja untuk tujuan bersantai.

“Lebih menarik lagi, koleksi rekaan Syari kami sering menjadi pilihan artis di negara ini seperti Heliza Helmi yang merupakan ikon Muslimah dan juga Raisyya Rania Yeap, Tasha Manshahar serta Lufya Omar,” katanya.

Tambah beliau, Mardina Safiyya Hijab bakal mengeluarkan rekaan terbaharu 2017 seperti sut blaus kasual dan khimar instant khusus bagi remaja yang gemar berfesyen secara santai.

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 47