AURA JUITA

Inai Hitam, Inai Perang V’Asia mesra wuduk

Inai Hitam, Inai Perang V’Asia mesra wuduk


Azril percaya bahawa produk inainya ini mampu menggantikan penggunaan inai tradisional.


Penggunaan inai sebagai salah satu rawatan tradisional dalam mengembalikan warna asal rambut seseorang sudah menjadi pilihan sejak dahulu lagi.

Merupakan rawatan yang tidak memerlukan kos tinggi, keberkesanan penggunaan inai juga seakan tidak boleh dipersoalkan kerana masih tetap menjadi pilihan ramai walaupun sudah terdapat pewarna rambut yang lebih moden.

Tidak hanya digunakan pada kedua pengantin perempuan dan mempelai ketika majlis pernikahan, inai juga turut menjadi pilihan utama terutamanya jika ingin menghitamkan rambut yang ditumbuhi uban.

Tambahan, penggunaan inai juga lebih menjadi keutamaan pengguna beragama Islam kerana ia merupakan produk yang halal digunakan ketika beribadat.

Menurut pengasas V’Asia Cosmetic & Healthcare (V’Asia), Datuk Azril Mohd. Radzi, produk inai keluaran syarikatnya itu masih mengekalkan sifat seperti inai tradisional yang halal digunakan ketika beribadat.

“Produk Inai Hitam dan Inai Perang daripada V’Asia mempunyai ciri-ciri sama seperti inai tradisional namun ia lebih tahan lama berbanding inai biasa.

“Formulasi Inai Hitam dan Inai Perang ini juga tidak menggunakan bahan-bahan terlarang malah menggunakan inti pati herba yang terpilih seperti ekstrak inai tradisional, buah noni dan minyak botanikal.

“Hal demikian sekali gus dapat menjadikan rambut pengguna lebih sihat dan bersinar,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Azril memberitahu, selain dapat menyinarkan rambut pengguna, Inai Hitam dan Inai Perang tersebut juga tidak mengeringkan rambut seperti inai-inai lain.

“Produk ini juga turut meliputi lapisan luar dan dalam rambut justeru, pengguna boleh menggunakan produk ini tanpa was-was,” katanya.

Setiap pembelian produk inai itu akan didatangkan bersama sebotol bahan pengaktifan (activator) yang perlu dicampurkan bersama produk inai hitam ataupun V’Asia agar kesan yang lebih optimum dapat diperoleh.

Katanya lagi, bagi mereka yang tidak mempunyai uban juga digalakkan untuk menggunakan produk inai tersebut kerana ia juga berupaya untuk menguatkan rambut.

Ditawarkan pada harga RM26 sebotol untuk Semenanjung Malaysia serta RM28 bagi Sabah dan Sarawak, harga tersebut dilihat cukup berpatutan dengan hasil dan kualiti yang dipersembahkan syarikat produk kecantikan berkenaan.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31