AURA JUITA

Peraduan Buka & Menang tawar hadiah lumayan

Peraduan Buka & Menang tawar hadiah lumayan



Khusus bagi peminat setia Aura White Global Sdn Bhd. (Aura White), terutamanya yang telah menyokong jenama produk kecantikan dan kesihatan berkenaan sejak mula ditubuhkan, sudah pasti Peraduan Buka & Menang ini tidak boleh dilepaskan.

Menawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti wang tunai, motosikal, televisyen berskrin lebar, telefon pintar, dan baucar produk Aura White, Peraduan Buka & Menang itu dilancarkan khas buat pengguna setia produk jenama kesihatan terkenal berkenaan.

Menurut pengasasnya, Datin Furyna Azmeer, pengguna hanya perlu membeli produk makanan tambahan terbaharu, Sparkle Diamond untuk mendapatkan kupon peraduan yang diletakkan di dalam botol produk kolagen tersebut.

“Bagi setiap pembelian, pengguna akan menerima satu kupon yang perlu dibuka bagi mengetahui hadiah apa yang anda perolehi mengikut nasib masing-masing.

“Justeru, bagi mereka yang ingin merebut hadiah lumayan yang kami sediakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk Sparkle Diamond terbaharu dan mencuba nasib kerana jumlah kupon yang diedarkan adalah terhad,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Furyna menjelaskan, selain melancarkan Peraduan Buka & Menang untuk pengguna setia produknya, peraduan itu juga ada khas untuk mempromosikan produk terbaharunya iaitu minuman kolagen Sparkle Diamond yang merupakan inovasi terbaharu syarikat berkenaan.


Peraduan ini diadakan khas sebagai tanda terima kasih Furyna kepada pengguna setia Aura White.


“Produk terbaharu ini adalah merupakan produk minuman kolagen ketujuh daripada Aura White selama empat tahun saya menubuhkan syarikat ini.

“Selain mengekalkan artis terkenal, Ayda Jebat sebagai duta produk terbaharu ini, Sparkle Diamond juga mempunyai ciri-ciri yang lebih mantap berbanding minuman kolagen yang lain,” ujarnya.

Katanya, walaupun barisan produk Aura White semakin mantap tahun demi tahun, ia tidak akan berlaku tanpa sokongan pengguna setia dan ejen seluruh negara yang bijak mengatur strategi masing-masing dalam mempromosikan produknya itu.

“Sehingga kini, saya masih mengalu-alukan mereka di luar sana yang ingin menjadi ejen produk ini dan anda boleh menghubungi kami di talian 012-3888567,” katanya lagi.

Furyna menambah, bagi yang berminat untuk menjadi ejen, anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi kerana mereka perlu bermodalkan lima botol produk Sparkle Diamond sahaja.

“Bermodalkan hanya lima botol minuman kolagen, semua peringkat umur dan kelas pekerjaan mampu untuk menjadi ejen kami malah, kami juga mengadakan cabutan bertuah setiap bulan dan bagi yang bertuah, bakal membawa pulang sebuah telefon pintar,” ujarnya.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31