VARIA

Mainan patung kecil MyMiniMixieQ’s

Mainan patung kecil MyMiniMixieQ’s

SCHA ALYAHYA (lima dari kanan) bertemu pemenang peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak di Kuala Lumpur baru-baru ini


PENGELUAR produk mainan terkemuka dunia Mattel melancarkan permainan patung kecil comel MyMiniMixieQ’s yang mampu menggegar arena permainan kanak-kanak baru-baru ini.

MyMiniMixieQ’s tersenarai antara lima Koleksi Permainan Terhangat 2016 pada Festival Permainan New York pertengahan tahun 2016.

Koleksi itu menampilkan karakter berpersonaliti menarik pelbagai tema dengan elemen pemakaian yang boleh diubah mengikut kreativiti tersendiri.

Lebih 400 kombo karakter MyMiniMixieQ’s boleh dihasilkan dengan menukar setiap elemen pemakaian seperti rambut, baju termasuk seluar bergantung kepada kreativiti kanak-kanak.

Menurut Pengurus Kanan Penjenamaan Mattel Malaysia, Tan Shu Mei, pengumpul permainan patung bersaiz kecil boleh mendapatkan bilik mini dan set permainan bagi melengkapkan koleksi itu, seterusnya mencipta dunia, pengembaraan dan ceritera MyMiniMixieQ’s.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan antara produk yang ditunggu-tunggu oleh peminat patung kecil iaitu koleksi MyMiniMixieQ’s.

“Menerusi permainan patung kecil seperti ini, ia dapat menzahirkan imaginasi kanak-kanak sehingga membantu perkembangan pembesaran mereka.

“Selain itu, teknologi cabut dan pasang pada setiap karakter membolehkan kanak-kanak bebas mencipta cerita mereka tersendiri tanpa batasan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas. Ia mudah dibawa ke mana sahaja dan memberi kanak-kanak peluang bermain pada bila-bila masa.

Ibu bapa, kanak-kanak dan pengumpul mainan boleh mendapatkan patung kecil MyMiniMixieQ’s dan set permainan koleksi itu secara eksklusif di gedung pasar raya online terbesar di Asia Tenggara, Lazada bermula dari Disember 2016.

Pembeli turut berpeluang menikmati hadiah misteri dengan setiap pembelian produk terpilih bersempena dengan promosi Lazada Online Revolution pada Disember lalu.

MyMiniMixieQ’s boleh didapati di kebanyakan kedai permainan utama seluruh Malaysia pada harga dari RM13.90 sehingga RM139.90.

Process time in ms: 31