STAILO

Kontemporari minimalis gaya Peurr

Kontemporari minimalis gaya Peurr


Koleksi Peurr Bold ini diperkenalkan dalam pilihan rona lebih terang dan berani.


FESYEN menterjemah pelbagai dimensi gaya yang memberi tafsiran berbeza untuk setiap persalinan.

Kadangkala tidak semua gaya yang diidamkan terdapat dalam pasaran. Begitupun, individu boleh menempah pakaian tersebut mengikut cita rasa tersendiri.

Berhadapan dengan situasi sama, Pengasas Peurr, Nur Aqwim Idora Mahyudin, 26, memutuskan untuk mengeluarkan jenama sendiri untuk berkongsi cita rasa fesyennya kepada orang ramai.

Menurut Nur Aqwim Idora, Peurr merupakan terjemahan gadis sofistikated dalam elemen sopan tetapi masih praktikal untuk persalinan harian dan majlis.

“Saya gemar berfesyen dan idea untuk mengeluarkan jenama sendiri bermula setelah pakaian yang saya reka dan pakai mendapat pujian ramai.

“Fesyen Peurr merupakan ilham saya sepenuhnya dalam berfesyen. Saya gemarkan idea pemakaian yang minimal, ringkas tetapi tetap mencerminkan elemen profesional dan matang,” kata graduan Kejuruteraan Elektrik, Universiti Kuala Lumpur itu.

Meskipun datang dari bidang berbeza, penubuhan Peurr merupakan salah satu daripada cita-citanya untuk melibatkan diri dalam industri fesyen tempatan.

Ditubuhkan pada awal tahun lalu, jenama Peurr berjaya mengeluarkan dua koleksi iaitu pada suku tahun pertama dan ketiga.

Koleksi pertamanya, Peurr Earth, merupakan koleksi pakaian blaus, culotte dan abaya yang bermain dengan rona warna lembut seperti biru laut, putih dan hitam. Koleksi kedua pula, Peurr Bold merupakan koleksi sama dengan rona lebih terang seperti oren burung, kelabu, ungu gelap dan putih.

Banyak bermain dengan fabrik kapas, krep dan satin matte, jenama Peurr juga mendapat permintaan tinggi terutama buat koleksi pakaian blaus hessa dan mail tops.

Menyasarkan golongan pelanggan yang berumur 20 hingga 40-an, jenama Peurr bakal mengorak langkah dengan mempelbagaikan koleksi tahun 2017 pada setiap suku tahun.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan koleksi Peurr, boleh melayari laman sosial Instagram dan Facebook, peurr.online.

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 46