KESIHATAN

Hilang anggota badan kerana meningitis

Hilang anggota badan kerana meningitis

Kye ketika menjalani ujian untuk mencari punca tubuhnya gagal menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit tersebut.


PADA Sabtu petang awal bulan Mac lalu, Kye Vincent, 8, mengadu dia berasa sakit kepala dan demam panas.

Ibunya, Cheryl Vincent yang baru melahirkan anak kedua lima hari sebelum itu mengesyaki anak lelakinya mengalami sakit perut kerana tiada ruam di tubuh badan Kye selain tiga simptom yang ditunjukkan oleh anaknya.

Nenek Kye yang kebetulan melawat keluarga tersebut di Bedfordshire, England ketika itu memberitahu Cheryl yang Kye mungkin dijangkiti meningitis.

“Ibu meyakinkan saya untuk memeriksa tanda-tanda meningitis. Saya memeriksa beberapa simptom, namun dia tidak memperlihatkan banyak simptom berkenaan,” ujarnya kepada portal dailymail.co.uk.

Wanita itu kemudian memberikan anaknya beberapa ubat sebelum tidur. Dia kemudian menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan mereka menasihatinya untuk memeriksa suhu badan Kye dan membuka tingkap bilik tidurnya untuk memastikan dia sejuk.

Tetapi keesokan harinya, Kye tidak mampu bangun daripada katilnya untuk pergi ke bilik air.

Lebam ungu

“Dia menjerit memanggil saya dan ayah angkatnya, Luke sambil mengatakan dia tidak boleh menggerakkan kaki.

“Bila Luke mengangkat dan cuba mendirikan Kye, dia jatuh tersungkur,” tambah Cheryl.


KYE menjalani pembedahan selama tiga jam untuk memotong kakinya pada April sebelum dibedah untuk membuang tisu mati di tangannya.


Luke perasan terdapat empat lebam berwarna ungu di bahu, lutut dan pinggang Kye yang terasa sejuk bila disentuh. Kata Cheryl, saat itu dia menyedari bahawa ketakutannya menjadi realiti. Lebam-lebam berwana ungu itu sama dengan simptom meningitis yang diperiksanya malam sebelum itu.

Cheryl bergegas menghubungi talian 999. Selang 10 minit, ambulans tiba dan Kye diberikan suntikan antibiotik sebelum dibawa ke Luton and Dunstable Hospital untuk rawatan.

“Saya melihat lebam-lebam mula muncul di serata badannya. Dalam masa tiga jam, anak saya disah menghidap septisemia meningokokus dan diletakkan dalam keadaan koma untuk membantu badan melawan jangkitan.

Jangkitan bakteria itu mengakibatkan keradangan pada lapisan sekeliling otak dan saraf tunjang. Septisemia yang dialaminya pula berpunca daripada sejumlah besar kuman memasuki aliran darah.

Kye dipindahkan ke unit pakar penyakit berjangkit di St. Mary’s Hospital di Paddington, London sebelum kaki dan tangannya bertukar menjadi hitam tiga hari selepas itu.

Enam minggu kemudian semasa Kye sedar dari koma, doktor memberitahu keluarga itu bahawa budak lelaki itu akan kehilangan kaki dan tangannya.

Anggota badan prostetik

“Dia meminta agar kakinya tidak dipotong. Itu lah saat yang paling menyedihkan dalam hidup saya,” hurai Cheryl.


Kye belajar menggunakan kaki prostetik untuk berjalan dan menghadiri sesi persekolahan dua hari seminggu.


Kye akhirnya melalui pembedahan selama tiga jam untuk memotong kakinya pada April lalu. Dua hari selepas pembedahan, Kye membuka mata dan berkata dia boleh bergerak dengan lebih baik serta tidak terlalu sakit. Bulan berikutnya, dia melalui satu lagi pembedahan untuk membuang tisu mati di tangan kanannya.

Kye menghabiskan masa enam bulan di hospital itu sebelum dipindahkan ke Hospital Stoke Mandeville untuk proses rehabilitasi dan fisioterapi.

Sejak itu, Kye sudah belajar untuk berjalan menggunakan anggota badan prostetik selepas kaki dan tangannya dipotong.

Dia juga belajar menulis semula dan menghadiri sesi persekolahan dua kali seminggu. Bulan lalu, mereka sekeluarga berpindah ke rumah baharu yang dilengkapi dengan lif ke bilik tidurnya dan kemudahan lain untuk orang kelainan upaya bagi membantu Kye bergerak.

“Kye memang seorang yang kuat dan dia tidak membiarkan kekurangan itu menghalangnya. Saya bersyukur dapat mengesan simptom itu lebih awal kerana jika lewat dikesan, dia mungkin sudah tiada,” luah Cheryl.

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 31