INFINITI

Kanak-kanak kurang hargai kehidupan akibat media sosial

Kanak-kanak kurang hargai kehidupan akibat media sosial


KANAK-KANAK yang sering menghabiskan masa melayari internet cenderung untuk terjebak dengan masalah sosial. – Gambar hiasan


SATU kajian yang dijalankan Household Longitudinal Study di Britain menunjukkan, kanak-kanak yang sering menghabiskan masa bersembang di laman-laman sosial kurang berpuas hati terhadap kehidupan mereka.

Kajian yang dijalankan ke atas 4,000 kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun itu menjelaskan, mereka yang bersembang selama satu jam di laman sosial seperti Facebook mempunyai kebarangkalian untuk mempunyai tingkah laku itu sebanyak 14 peratus.

Laporan itu juga tidak menolak ia merupakan faktor utama yang menyebabkan kanak-kanak terlibat dalam kegiatan buli siber, kurang bersosial dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

“Hasil keputusan itu juga mencadangkan, kanak-kanak perempuan lebih mudah dipengaruhi tingkah laku itu berbanding lelaki.

“Bagi kanak-kanak lelaki, ia akan membuatkan mereka kurang senang dengan rakan-rakan tetapi bahagia dengan kerja sekolah manakala kanak-kanak perempuan pula tidak gembira dengan penampilan diri serta sesi persekolahan yang dihadiri,” menurut laporan itu lagi.

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 31