INFINITI

Eco-Zyme percepat urai serat kenaf

Eco-Zyme percepat urai serat kenaf


WAN ZUHAINIS menunjukkan produk Eco-Zyme yang membantu proses penguraian gentian kenaf dengan lebih pantas.


KENAF atau Hibiscus cannabinus adalah tanaman serat yang mendapat permintaan tinggi dalam pelbagai industri seperti tekstil, automotif, bahan binaan biokomposit dan perabot.

Pengeluaran tanaman itu dijangka meningkat kepada 150,000 tan pada tahun 2020 selepas dasar negara menyasar untuk menjadikan kenaf sebagai tanaman komoditi ketiga terbesar Malaysia selepas kelapa sawit dan getah.

Begitupun, proses memecahkan bahan yang mengikat gentian kenaf di dalam satu rumpun untuk dijadikan gentian kenaf tunggal mengambil masa yang panjang.

Sehubungan itu, sekumpulan penyelidik dari Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan sejenis enzim yang dinamakan Eco-Zyme untuk membantu proses penguraian gentian kenaf.

Ketua Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad berkata, kelebihan Eco-Zyme ialah ia dapat mempercepatkan tempoh penguraian kenaf kepada tiga hari berbanding tiga hingga empat minggu menggunakan teknik konvensional.

“Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan Eco-Zyme ialah spesies mikrob tempatan yang akan memfermentasikan dedak padi dalam proses fermentasi substrat padat.

“Tindak balasnya juga adalah spesifik kerana ia tidak merosakkan komponen serat lain.

“Tambahan pula, Eco-Zyme produk mesra alam yang tidak mencemarkan persekitaran.

“Enzim ini juga mampu menghasilkan gentian kenaf berkualiti tinggi yang lebih bersih, kuat dan panjang berbanding teknologi sedia ada,” katanya pada sidang akhbar Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi 2016 di kampus UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Beliau berkata, produk yang dihasilkan itu mampu membantu golongan penanam dan pengeluar gentian kenaf meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran mereka.

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 47