STAILO

Outlet utama baharu Aidijuma

Outlet utama baharu Aidijuma


BUTIK ke-19 Aidijuma menempatkan pelbagai koleksi tudung bawal dan selendang serta koleksi pakaian Blosson Box Store.


MERAIKAN sambutan lima tahun penubuhannya, jenama tudung bawal popular, Aidijuma kini mengorak selangkah ke hadapan dengan pembukaan cawangan utama terbaharunya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkeluasan 213.7 meter persegi, butik utama Aidijuma ini merupakan outlet ke-19 yang menempatkan pelbagai koleksi tudung bawal dan selendang di bawah jenama Aidijuma serta koleksi pakaian Blosson Box Store.

Berbeza outlet lain, pembukaan butik Aidijuma di Jalan Tuanku Abdul Rahman amat signifikan dengan jenama tersebut yang menawarkan koleksi bawal pada harga mampu milik.

Malah, menjadi impian pengasasnya, Norjuma Habib Mohamed yang mahu membuka akses kepada orang ramai mendapatkan koleksi jenamanya itu.


AIDIJUMA meraikan pelanggan setia dengan memberikan 10,000 helai tudung rekaan khas bagi setiap


Di kedai berona pastel itu, susun atur dalamannya sangat sistematik dengan rak-rak yang tersemat rapi di sisi dinding, butik Aidijuma sangat mementingkan keselesaan pelanggan.

Pada masa sama, berbeza dengan butik Aidijuma yang lain, butik utama ini juga membuka peluang buat penjual tudung berskala kecil untuk mendapatkan tudung Aidijuma pada harga borong.

Ia bertujuan untuk membantu lebih banyak usahawan kecil mempelbagaikan produk jualan mereka.

Sempena pembukaan butik utama Aidijuma dan lima tahun pembukaannya, jenama Aidijuma turut melancarkan koleksi kapsul, Lioness, Songket/Tribal dan Abstrak yang mewakili elemen rekaan lebih ceria dan trendy. Dengan rekaan dua jenis corak bingkai, koleksi ini memberikan penggayaan yang berbeza pada satu tudung.

Aidijuma turut meraikan pelanggan setianya dengan memberikan 10,000 helai tudung rekaan khas ulang tahun ke lima secara percuma untuk setiap pembelian tudung di outlet Aidijuma.

Process time in ms: 47