KESIHATAN

Kencing dalam kolam renang boleh mudaratkan kesihatan

Kencing dalam kolam renang boleh mudaratkan kesihatan


AIR kencing yang bertindak balas dengan klorin membentuk sebatian kimia sianogen klorida yang boleh mengakibatkan keracunan kepada manusia. – Gambar hiasan


kencing di kolam renang sememangnya tabiat yang tidak elok tetapi ia juga turut meninggalkan kesan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Kajian terbaharu mendapati, sebatian kimia berbahaya dikenali sebagai sianogen klorida terbentuk apabila air kencing bercampur dengan air dalam kolam renang.

Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, Michele Hlavsa berkata, seseorang boleh terkena keracunan sianogen klorida jika jumlah air kencing di dalam kolam renang sangat tinggi.

Bagaimanapun, katanya, air kencing daripada 3 juta orang diperlukan untuk membuatkan sesebuah kolam renang menjadi toksik.

“Klorin digunakan secara meluas untuk mensterilkan air di kolam renang daripada pelbagai bakteria tidak diingini. Pun begitu, ia juga bertindak balas dengan apa sahaja material organik yang dibawa manusia ke kolam renang awam.

“Air kencing, peluh, kotoran dan pelembap pelindung ultraungu akan bertindak balas dengan klorin.

“Ini akan membentuk sebatian kimia termasuklah sianogen klorida, trikloramin dan molekul nitrogen-klorin.

“Trikloramin ini adalah antara punca kenapa mata boleh menjadi kemerahan selepas berenang,” ujarnya.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 46