KESIHATAN

Diserang sawan setiap 18 saat

Diserang sawan setiap 18 saat

KEKERAPAN Gosden diserang sawan daripada tiga kali setiap satu jam kepada 18 saat sekali sangat membimbangkan ibu bapanya.


KETIKA kanak-kanak seusia dengannya sudah mula belajar bercakap dan bertatih, Ethan Gosden pula terpaksa bertarung nyawa sehingga kehidupannya banyak dihabiskan di katil hospital.

Bagi Gosden, seorang bayi berumur setahun dua bulan, dia masih terlalu mentah untuk mengerti dan memahami apa yang menimpa dirinya.

Bagaimanapun, ibunya, Kirsty Bateup menyifatkan penyakit sawan yang dihidap anak lelaki bongsunya itu sebagai suatu ujian berat buat mereka sekeluarga.

“Ia menyerang Gosden sebaik sahaja dia dilahirkan. Baik bidan mahupun doktor, tiada sesiapa tahu tentang keadaan anak saya ketika itu.

“Bahkan doktor yang me rawat juga tidak pernah melihat kes sebegini sepanjang 27 tahun berkhidmat dalam bidang perubatan,” ujarnya seperti dipetik portal Mail Online.

Gosden disahkan menghidap penyakit ganjil dikenali sebagai periventrikular nodular heterotopia yang memberi kesan kepada otak sehingga menyebabkan anaknya itu diserang sawan sekurang-kurangnya tiga kali setiap satu jam.

“Sewaktu Gosden diserang sawan, doktor dan bidan menganggap dia hanya mengagah sedangkan saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Gosden adalah anak keempat saya. Itu menjadikan saya seorang ibu yang berpengalaman dan tahu ia bukan keadaan normal,” katanya.

Ketawa ketika sawan


GOSDEN tidak memberikan respons terhadap ubat-ubatan sawan yang diberikan dan terpaksa dibedah bagi membuang kecederaan pada otaknya.


Bateup yang berasal dari Currimundi, Queensland, Australia memberitahu, Gosden akhirnya dikenal pasti menghidap penyakit berke naan selepas dia dibawa mendapatkan rawatan kecemasan.

“Ketika itu, dia diserang sawan setiap 20 minit sekali,” ujarnya.

Pada usia enam bulan, Gosden tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih bahkan keadaannya bertambah teruk dan membimbangkan.

“Dia semakin kerap diserang sawan. Kini, dia terkena sawan setiap 18 saat sekali. Mulutnya sentiasa mengeluarkan buih. Doktor tidak mampu mengawal serangan sawan itu buat masa ini,” kata Bateup dalam nada sebak.

Menurut Bateup, Gosden tidak memberi tindak balas kepada ubat-ubatan yang diberikan dan dia juga akan tersedak setiap kali diberi susu badan.

“Tidak seperti orang lain yang akan mengalami kekejangan setiap kali di serang sawan, Gosden pula hanya akan menangis atau ketawa.

“Tidak bermakna dia gembira jika dia ketawa. Gosden mungkin berada dalam kesakitan dan ia membuatkan saya sa ngat tertekan melihat keadaannya sebegitu,” katanya.

Periventrikular nodular heterotopia adalah keadaan di mana sel saraf atau neuron tidak berhijrah secara normal ketika perkembangan awal otak bayi bermula dari minggu keenam hingga ke-24 kehamilan.

Penyakit itu sangat ganjil di mana hanya empat orang lelaki di dunia disahkan menghidap penyakit berkenaan.


MESKIPUN peluang Gosden untuk pulih sepenuhnya adalah rendah, Bateup (kiri) dan suaminya, Andrew berharap anak mereka akan sembuh suatu hari nanti.


Doktor yang merawat Gosden menyifatkan bayi itu perlu menjalani pembedahan selepas rawatan lain gagal me nyembuhkannya.

“Peringkat pertama adalah ubat-ubatan diikuti diet khas sebelum pembedahan. Gosden tidak memberi sebarang respons kepada kedua-dua rawatan sebelum ini dan perlu menjalani pembedahan iaitu kaedah terakhir untuk menyelamatkannya,” kata Bateup.

Pakar Neurologi Pediatrik Fakulti Perubatan Universiti Queensland, Australia, Dr. Geoff Wallace berkata, peri ventrikular nodular heterotopia berpunca daripada pembentukan tidak normal pada otak berikutan penghijrahan abnormal neuron.

“Terdapat beberapa subset neuron yang gagal berhijrah ke bahagian selebral korteks otak yang sedang berkembang. Ia kekal sebagai nodul di sekitar permukaan ventrikular. Nodul ini lazimnya ditemui selepas ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) selesai dibuat,” jelasnya.

Wallace memberitahu, peluang Gosden untuk pulih sepenuhnya sangat rendah.

“Keadaan Gosden kini sedang dipantau bagi melihat sebarang kemungkinan untuk memulihkannya tetapi terdapat kemungkinan bahawa dia tidak dapat disembuhkan dan akan menderita epilepsi untuk sepanjang hayatnya,” kata Wallace.

Process time in ms: 46