AURA JUITA

FITBella bantu kawal berat badan

FITBella bantu kawal berat badan


PENGGUNA perlu bersenam bagi meningkatkan keberkesanan FITBella.


Ramai dalam kalangan kita yang sering mengabaikan aspek kesihatan masing-masing apabila mereka terus-menerus mengambil makanan yang tidak sihat, sekali gus menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Peningkatan berat badan secara mendadak yang berpunca daripada kurangnya pengamalan gaya hidup sihat boleh menyebabkan mereka menghidapi pelbagai jenis penyakit.

Pengarah Urusan Suresado Sports Nutrition, Mohd. Emir Zarfan berkata, syarikatnya menawarkan produk minuman FITBella yang membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak serta membantu mengurangkan toksin di dalam badan.

Katanya, FITBella yang diformulasikan daripada bahan semula jadi merupakan minuman kesihatan yang berperanan untuk membuang toksin berlebihan dalam badan secara semula jadi iaitu menerusi sistem perkumuhan.

“Toksin ini berkumpul dalam badan menerusi makanan yang kita ambil, yang mana jumlahnya semakin meningkat apabila usia kita semakin meningkat.

“Sebab itu, ramai daripada kita yang berasa hairan mengenai berat badan yang semakin bertambah walaupun mereka kerap bersenam. Ia disebabkan mereka mengambil makanan berat selepas bersenam,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mohd. Emir menjelaskan, FITBella didatangkan dalam dua variasi iaitu AM Block dan PM Flush yang didatangkan dengan manfaat tersendiri.

Menjelaskan tentang AM Block, beliau berkata, ia berfungsi untuk membantu pengguna mengawal nafsu makan masing-masing, sekali gus mengelakkan mereka daripada mengambil makanan secara berlebihan.

“Selepas kita melakukan aktiviti seperti bersenam, badan akan menghantar isyarat kepada otak agar mencari makanan manis untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

“Amalan makan selepas bersenam itulah yang membuatkan sesi senaman menjadi sia-sia. Jadi, AM Block yang perlu diambil setiap sekali sehari di waktu pagi selepas sarapan akan membantu pengguna mengawal nafsu makan masing-masing,” katanya.


FITBella didatangkan dalam dua variasi iaitu AM Block dan PM Flush.


Mengenai PM Flush pula, Mohd. Emir berkata, ia perlu diminum pengguna dua hari sekali di waktu malam dan berfungsi untuk membantu membuang toksin dari badan pengguna.

“Minuman ini yang mudah sahaja untuk disediakan. Hanya campurkan satu sacet minuman itu ke dalam segelas air kosong dan pastikan ia sebati sebelum diminum,” katanya.

Sementara itu, rakan niaga FITBella yang juga konsultan gimnasium, Noor Elisa Md. Isa berkata, pengguna perlu bersenam untuk memastikan FITBella benar-benar mendatangkan hasil kepada mereka.

“Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil AM Block, anda boleh menjalani senaman seperti berjoging sejauh lima kilometer dalam tempoh 30 hingga 45 minit.

“Mengambil minuman kesihatan itu dan menjalani gaya hidup sihat pada masa sama mempercepatkan pengeluaran toksin dalam badan pengguna,” katanya.

Tambahnya, FITBella kini dijual pada harga promosi iaitu RM80 bagi (PM Flush) dan RM90 (AM Block) di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak ia boleh didapati pada harga RM90 (PM Flush) dan RM100 (AM Block).

“Orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen dan dropship boleh menghubungi kami di talian 017-658 4300,” katanya.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 47