AURA JUITA

Pengilangan kontrak Hiraq bantu usahawan baharu

Pengilangan kontrak Hiraq bantu usahawan baharu


Hiraq juga turut menghasilkan hadiah korporat.


Memulakan perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah.

Tidak dinafikan, ramai peniaga di luar sana yang mempunyai pelbagai idea untuk memulakan perniagaan sendiri namun tidak mempunyai platform bersesuaian dalam memulakannya.

Justeru, banyak peniaga di luar sana seakan tersekat dengan masalah kerana tidak mempunyai modal secukupnya lebih-lebih lagi jika proses pengilangan produk bakal memakan belanja yang cukup besar.

Kini, semua masalah itu bakal terhapus kerana syarikat produk kesihatan, Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn. Bhd. (Hiraq), menawarkan khidmat pengilangan kontrak bagi membantu usahawan baharu yang ingin berjinak di dalam dunia perniagaan sendiri.

Menurut pengasas Hiraq, Raja Mazian Raja Mohamed, ini adalah peluang terbaik kepada mereka di luar sana yang sudah mempunyai idea dan susun atur dalam perancangan produk baharu namun memerlukan khidmat pengilangan yang efisien pada harga berpatutan.

“Khidmat pengilangan kontrak ini sesuai bagi mereka yang baru berkecimpung di dalam dunia perniagaan dan tidak mempunyai platform dalam proses pengilangan produk.

“Selain tidak memerlukan belanja yang besar bagi seperti proses pengilangan yang lain, pihak kami juga mampu menyelesaikan pelbagai masalah lain seperti masalah bungkusan, rekaan pembungkusan dan juga pengangkutan dengan kos yang rendah.” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mazian juga memberitahu, dengan kepakaran syarikatnya yang sudah lima tahun beroperasi dan pengalaman memberikan khidmat pengilangan kontrak selama tiga tahun sebelum ini, mereka yang berminat tidak perlu risau untuk memulakan perniagaan sendiri dengan menggunakan servis tersebut.

“Jika anda mempunyai idea untuk produk apa yang ingin dikeluarkan sama ada minuman dan makanan kesihatan serta suplemen kecantikan, kami boleh merealisasikannya.


Proses pembungkusan di kilang Hiraq mengikut piawaian yang telah ditetapkan.


“Kilang yang kami sediakan juga mengikut piawaian yang telah ditetapkan malah mempunyai pensijilan Halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) sekali gus membolehkan produk keluaran kilang ini untuk dieksport ke luar negara,” katanya.

Katanya lagi, dengan kilang yang terletak di Shah Alam, Selangor itu, proses pengilangan mampu menyediakan produk dalam kuantiti yang besar mengikut kesesuaian peniaga sendiri.

Bagi yang berminat dengan tawaran ini, anda boleh menghubungi Puan Anis di talian 03-5511 0799 atau 03-5511 1799 untuk keterangan lanjut mengenai khidmat pengilangan kontrak tersebut.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31