AURA JUITA

Stail patches taruhan terbaharu BFF Lavender

Stail patches taruhan terbaharu BFF Lavender



Menutup tirai fesyen 2016, gaya teknik tampalan atau patches pada pakaian kian menjadi perhatian.

Tidak hanya boleh digayakan pada seluar mahupun jaket, teknik patches juga sesuai untuk dipadankan pada baju kemeja dan baju-T.

Mengambil peluang ini, jenama pakaian muslimah BFF Lavender mengambil peluang tersebut dengan menawarkan pelbagai warna dalam koleksi blaus Odie Long terbaharunya yang berkonsepkan teknik sedemikian.

Menurut pengasasnya, Siti Nadiah Kamarul Anuar, blaus daripada jenamanya itu berkonsepkan kot ataupun blazer yang kini menjadi trend terkini buat remaja di luar sana yang sentiasa menginginkan kelainan ketika bergaya.

“Walaupun berkonsepkan sebegitu, namun blaus Odie Long ini sebenarnya sesuai untuk penggunaan ketika di luar mahupun pakaian siar (streetwear) yang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis gaya.

“Malah, ia juga sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki yang ingin tampak unik dalam penggayaan seharian selain tampil funky dalam sesetengah acara,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mula kembali menjadi perhatian pada tahun ini, gaya blaus yang cuba dibawakan oleh BFF Lavender dilihat cukup unik dan mencuit perhatian mata sekeliling.

Katanya, setiap blaus mempunyai empat keping rekaan patches yang berlainan, namun mampu menimbulkan karakter si pemakai seperti rekaan kasut dan bintang.


Shawl di bawah label BFF Lavender Scarve ini dijual pada harga RM35 sahaja.


Ujar pengasas bersama, Habibah Syamimi Yunus pula, selain patches itu ditampal pada kain kapas yang tidak panas dan mudah digosok, blaus itu tidak terlalu nipis sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh si pemakai.

“Blaus Odie Long ini juga cukup labuh sehingga ke paras lutut jadi tiada masalah untuk pelanggan menggayakan blaus ini dengan apa sahaja gaya yang mereka inginkan.

“Tambahan, ia juga mempunyai dua poket dan bahagian lengannya boleh dibuka dengan hanya membuka butang yang disediakan sekali gus memudahkan pengguna untuk mengambil wuduk,” katanya.

Bermula pada 2014, jenama di bawah bumbung SN Lavender Sdn. Bhd. itu juga menawarkan satu lagi produk terbaharu iaitu koleksi tudung jenis shawl di bawah label BFF Lavender Scarve.

“Dalam koleksi shawl kali ini, kami cuba membawakan sedikit kelainan dengan membawakan teknik patches itu pada koleksi hijab terbaharu,” ujar Nadiah.

Ditawarkan pada harga cuma RM35 sepasang, shawl terbaharu keluaran jenama itu dilihat sesuai untuk penggunaan gaya seharian mahupun kasual.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 16