TERKINI

MB Negeri Sembilan tolak saranan jadi Presiden FAM

MB Negeri Sembilan tolak saranan jadi Presiden FAM

21/12/2016 8:52pm



SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menolak saranan supaya beliau menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) malah membacakan doa tolak bala apabila ditanya mengenai perkara itu oleh wartawan.

Mohamad turut menggesa mana-mana pihak yang berminat memegang jawatan Presiden FAM supaya memberitahu beliau untuk PBNS mencalonkan mereka.

"Saya yakin ada orang sesuai yang boleh dipilih untuk memimpin FAM demi masa depan bola sepak negara. Jika ada sesiapa berminat (menjadi Presiden FAM), beritahu PBNS boleh calonkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Penyerahan Sijil Penyiapan dan Pematuhan Projek Pembangunan Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di sini semalam. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31