INFINITI

Pencemaran udara di Beijing meruncing

Pencemaran udara di Beijing meruncing


PENCEMARAN udara menyebabkan aktiviti harian penduduk kini terjejas.


BUAT kali kedua dalam tempoh dua tahun, kerajaan China mengisytiharkan amaran merah ke atas Beijing berikutan jerebu dan pencemaran udara yang semakin buruk di bandar raya itu.

Amaran itu sekali gus meletakkan Beijing kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan 297 berbanding 120 pada Sabtu lalu.

Ekoran itu, semua sekolah kini ditutup manakala orang ramai juga tidak digalakkan berada di tempat terbuka selain jumlah kenderaan juga turut dihadkan di atas jalan raya.

Sektor industri dan perkilangan juga tidak terkecuali apabila lebih 1,200 kilang termasuk kilang penapisan minyak gergasi, Sinopec di Beijing telah diarahkan menghentikan operasi buat sementara waktu.

Menurut sumber agensi berita China, China Daily, amaran sama turut dikeluarkan di 21 buah bandar di utara dan tengah negara itu termasuk Tianjin, Shijiazhuang, Taiyuan dan Zhengzhou.

“Saya hanya berkurung di dalam rumah. Tidak banyak yang boleh dilakukan di luar sana kerana udara semakin tercemar,” kata seorang penduduk, Wang Jianan, 23, seorang guru sandaran.

Dihuni kira-kira 21 juta penduduk, Beijing yang merupakan ibu negara China melalui pembangunan yang pesat dalam tempoh sedekad lalu.


PENCEMARAN udara menyebabkan jarak pemandangan semakin berkurangan di sekitar Beijing.


Arang batu

Apatah lagi dengan status China sebagai antara kuasa besar ekonomi dunia yang menyaksikan ia banyak bergantung kepada sektor industri dan perkilangan.

Seorang aktivitis alam sekitar bagi Greenpeace, Dong Liansai berkata, pencemaran udara berpunca daripada stesen janakuasa arang batu yang merupakan sumber tenaga utama di negara itu.

“Arang batu merupakan penyebab utama pencemaran ini,” katanya sambil memberitahu situasi udara ketika ini sangat berbahaya terutama kepada penghidap kanser paru-paru, asma dan sakit jantung.

Katanya, amaran merah yang diletakkan itu merupakan langkah positif yang berupaya mengurangkan pembebasan karbon dan tahap pencemaran untuk sementara waktu.

“Bagaimanapun, ia hanya langkah jangka pendek. Pencemaran udara yang berlaku ini hanya boleh diselesaikan menerusi satu polisi jangka panjang.

“Memandangkan arang batu merupakan sumber tenaga utama di negara ini, kita perlu memikirkan kaedah terbaik mengurangkan pencemaran yang berlaku atau beralih kepada sumber lain yang lebih mesra alam,” ujarnya.

Jelasnya, jerebu dan pencemaran udara yang berlaku merupakan satu peringatan kepada kerajaan untuk lebih agresif dalam melakukan perancangan pada masa depan.

Sementara itu, seorang aktivis alam sekitar yang berpangkalan di Beijing, Ma Jun pula berkata, umumnya China melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan pencemaran udara sejak beberapa dekad lalu dan lebih telus dalam mengeluarkan angka dan info yang berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, ia tetap memberi risiko kepada penduduk selagi isu pencemaran udara tidak dapat diatasi sepenuhnya di negara itu.

“Tidak banyak kajian yang mengaitkan pencemaran udara dan kanser paru-paru di China malah hasil penyelidikan tersebut juga sukar diakses.

“Mungkin ia agak sensitif dan kerana kerajaan tidak mahu menimbulkan rasa panik dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 47