STAILO

Angelina, Britney taruhan Cindy’s RTW

Angelina, Britney taruhan Cindy’s RTW


Jenama ini mengutamakan ciri-ciri praktikal dan mesra materniti.


PENGHASILAN fesyen sopan semakin berkembang secara progresif dan melahirkan banyak label baharu yang tampil dengan idea penggayaan tersendiri.

Menjadi salah satu elemen fesyen yang lebih sesuai dengan diversiti penduduk di Malaysia, pakaian berkonsep sopan juga menjadi taruhan banyak pereka tempatan dan antarabangsa untuk koleksi baharu mereka.

Membawakan identiti fesyen sopan dalam konsep lebih praktikal dan trendi, jenama Cindy’s RTW mempertaruhkan dua debut koleksi, Angelina dan Britney buat mereka yang inginkan kelainan dalam berfesyen.

Sudah berkecimpung dalam arena fesyen di bawah jenama Bokita by Cindy Fanah sejak dua tahun lalu, pengasas Cindy’s RTW, Nurfarhanah Bahruzzaman, mengorak langkah setapak ke hadapan dengan menampilkan seleksi pakaian blaus dan set bersama seluar untuk penggemar fesyen tempatan.


Sut Angelina ditampilkan bersama dengan seluar yang merupakan signatur pakaian Cindy’s RTW.


Elemen baharu

“Idea Cindy’s RTW merupakan konsep pakaian yang mencerminkan diri saya dalam berfesyen. Ia membawakan elemen baharu set pakaian blaus dengan seluar dalam rona yang sedondon.

“Selain itu, pakaian ini juga direka bukan sahaja praktikal untuk kegunaan harian tetapi buat ibu bekerjaya yang masih menyusukan anak. Konsep pakaian kami juga sesuai untuk semua golongan masyarakat termasuk yang bertudung,” kata anak jati Shah Alam, Selangor itu.

Koleksi Angelina dan Britney membawakan dua penggayaan blaus peplum yang berbeza. Kedua-duanya menampilkan perincian, penggunaan fabrik dan siluet yang tidak serupa tetapi masih praktikal dan mengikut trend.

Ditampilkan dalam empat warna berona gelap yang berbeza, koleksi Angelina membawakan seleksi sut blaus dengan perincian peplum dengan kedut di bahagian tangan dan pinggang. Sesuai buat mereka yang ingin tampil minimal, koleksi Angelina menggunakan fabrik kapas santana yang ringan serta selesa.

Koleksi Britney pula membawakan seleksi pakaian lebih glamour tetapi minimal dengan perincian batuan dan peplum sisi. Menggunakan fabrik krep berat, koleksi ini ditampilkan lebih kembang tetapi masih mengekalkan siluet ramping. Ia juga ditampilkan dalam lima warna terang. Buat rona champagne dan putih, koleksi ini dihasilkan dalam set sut berserta seluar.

Kesemua koleksi pakaian Cindy’s RTW dihasilkan secara terhad iaitu sekitar 500 unit dalam saiz S, M dan L.

Cindy’s RTW menyasarkan pelanggan daripada golongan bekerjaya sehingga suri rumah yang ingin tampil berfesyen pada harga berpatutan sekitar RM99 hingga RM189.

Kesemua koleksi boleh dapati secara pembelian online di www.cindyfanah.com atau di Butik Bokita, Shah Alam.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 47