PESONA

Kanak-kanak dalami kerjaya perubatan di hospital

Kanak-kanak dalami kerjaya perubatan di hospital


SEORANG pelatih (dua dari kanan) menunjukkan organ-organ penting dalam tubuh manusia kepada kanak-kanak yang menyertai Dr. [email protected]


SEJAK kecil, kanak-kanak digalakkan untuk melakukan aktiviti yang boleh merangsang tumbesaran seperti menyertai kelas bermain, prasekolah, memasuki mana-mana kelas latihan pendidikan atau ibu bapa boleh melakukan rangsangan itu sendiri di rumah melalui alatan permainan mereka.

Rangsangan penting kepada anak-anak kerana daya pemikiran kanak-kanak akan menjadi lebih aktif dan kreatif. Malah, melalui aktiviti yang disertai mereka, ibu bapa dapat melihat sejauh mana minat anak-anak mereka terhadap sesuatu perkara.

Salah satu contoh aktiviti rangsangan yang sesuai dilakukan oleh kanak-kanak ialah menggalakkan mereka melakukan aktiviti luar seperti bermain rumput, meneroka hutan dan bermain dengan binatang.

Atas inisiatif berkenaan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) telah melaksanakan sebuah program yang dikenali Dr. [email protected] baru-baru ini.

Aktiviti yang buat julung-julung kalinya diadakan itu bertujuan memupuk pengalaman sebenar di hospital melalui latihan dan bimbingan daripada doktor serta petugas terlatih.

Pendedahan

Menurut ibu kepada dua orang kanak-kanak perempuan, Romica A. G. Timbang, dia teruja untuk menghantar anaknya menyertai aktiviti berkenaan kerana tidak banyak hospital yang menyediakan program seumpama itu.

“Saya ingin melihat sejauh mana minat anak saya terhadap bidang perubatan. Saya juga mahu memberi pendedahan kepada mereka bahawa banyak aktiviti di hospital yang boleh dilakukan selain merawat pesakit.

“Malah, dengan menyertai program ini, dapatlah anak-anak saya bergaul dengan rakan-rakan yang baru dikenali sekali gus menghilangkan sifat malu yang ada dalam diri mereka,” katanya yang mengetahui program berkenaan melalui iklan di radio.


Majlis graduasi diadakan selepas kanak-kanak ini mengikuti aktiviti yang disediakan.


Menurut Romica, selepas 10 minit melihat reaksi anak-anaknya yang berumur lima dan tujuh tahun, dia mendapati mereka berminat untuk melakukan aktiviti yang disediakan oleh pihak hospital.

Antara tugasan yang diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai program Dr. [email protected] itu ialah mempelajari teknik mencuci tangan dengan betul, melakukan pemeriksaan mata, mempelajari cara menukar lampin bayi, mengenali organ-organ penting dalam badan manusia dan mempelajari teknik asas untuk merawat luka.

Malah, lebih menarik semua peralatan yang digunakan itu ialah peralatan sebenar yang digunakan para doktor untuk merawat pesakit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Anwar Anis berkata, pihaknya mahu kanak-kanak mengubah persepsi mereka yang sering berasa takut untuk ke hospital.

Manfaat

“Kita sedia maklum ramai kanak-kanak berasa takut untuk ke sini sedangkan hospital ialah tempat selamat untuk mereka mendapatkan rawatan.

“Justeru, melalui program sebegini, kita mahu kanak-kanak melihat sendiri kerja-kerja yang dilakukan oleh kakitangan di sini, sekali gus mengurangkan rasa takut mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis perasmian program Dr. [email protected]

Jelasnya lagi, Dr. [email protected] menawarkan konsep yang bukan sahaja menyeronokkan untuk kanak-kanak tetapi pada masa yang sama memberi pendidikan dan manfaat kepada mereka.

“Melalui aktiviti yang disediakan, kanak-kanak itu dapat mengembangkan kemahiran sosial dengan beramah mesra bersama rakan-rakan mereka.

“Acara ini juga dapat memupuk rangsangan kognitif kerana kanak-kanak itu melihat, menemui dan menyelesaikan masalah di samping meningkatkan kemahiran motor halus mereka,” jelasnya.

Selain aktiviti untuk kanak-kanak, terdapat beberapa kaunter perubatan yang disediakan untuk ibu bapa yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan.

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 47