PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Najib akan hadir Himpunan Solidariti Untuk Rohingya sebagai Presiden UMNO

Najib akan hadir Himpunan Solidariti Untuk Rohingya sebagai Presiden UMNO

03/12/2016 10:07pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan menghadiri Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di ibu negara esok sebagai Presiden UMNO.

Dalam ucapan penggulungan perbahasan usul di akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016, Najib mengecam sekeras-kerasnya perbuatan penghapusan kaum itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Myanmar.

Himpunan solidariti itu, katanya, bukan bertujuan mencampuri urusan dalaman Myanmar sebagaimana kenyataan Pejabat Presiden Myanmar, sebaliknya ia bagi mempertahankan nilai kemanusiaan.

"Insya-Allah hari esok Najib Razak Presiden UMNO akan hadir. Saya tak akan berganjak seinci pun kerana bukan Najib Razak yang hadir, Najib Razak wakili 3 juta ahli UMNO, ini pendirian kita, inilah parti yang berjiwa besar," katanya disambut dengan sokongan para perwakilan pada perhimpunan itu.

Sebelum itu, Presiden UMNO bertanya kepada perwakilan, adakah patut beliau hadir dan mendapat jawapan "hadir!" secara tegas daripada para perwakilan.

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, jika masalah ini tidak diselesaikan, Malaysia sendiri akan menghadapi masalah kebanjiran orang pelarian dari negara itu.

Mengikut rekod pada masa ini terdapat 56,000 Rohingya dan Myanmar pemegang kad UNHCR di negara ini dan ada lagi yang tiada dalam rekod, yang tidak diketahui jumlahnya, kata beliau. - Bernama

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31