PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Wanita UMNO setia membenteng parti

Wanita UMNO setia membenteng parti

03/12/2016 9:48pm

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO beriltizam untuk terus setia menjadi benteng parti walau pelbagai dugaan melanda.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kesetiaan adalah rukun utama perjuangan Wanita dan konsep Wala' seperti disuarakan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi amalan sayap itu sejak wujudnya UMNO hampir 70 tahun lalu.

"Wanita berbangga kerana Wala' telah menjadi darah daging dan sebati dalam diri kami selama 69 tahun kewujudan Wanita, setia membenteng parti, walau dugaan tiba, kami tak pernah lari," tegasnya.

Shahrizat menjelaskan, kerana kesetiaan itu juga, menjadi semangat mereka untuk membenteng negara daripada campur tangan asing, justeru menggesa penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) disegerakan.

"Kerana kesetiaan inilah, kita membenteng negara daripada campur tangan asing, terutama dalam politik negara, melalui media-media, 'pergerakan sivil' dan penyaluran dana asing. - Bernama

Process time in ms: 32