PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

UMNO dicadang tambah tempoh perbahasan

UMNO dicadang tambah tempoh perbahasan

03/12/2016 8:14pm

KUALA LUMPUR - UMNO diminta menambah tempoh sesi perbahasan pada perhimpunan agung parti akan datang bagi memberi ruang secukupnya kepada anggota perwakilan membahaskan usul.

Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Jurucakap Perhimpunan Agung UMNO 2016, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin, yang mencadangkan perkara itu, berkata, ia bagi memastikan perwakilan tidak terlepas peluang menyampaikan suara mereka pada acara tahunan parti itu.

"Sesi berkenaan meliputi pembentangan tiga usul iaitu agama, ekonomi dan pendidikan melibatkan kira-kira 52 perwakilan terdiri dari 39 wakil setiap negeri selain wakil jurucakap sayap parti, mahasiswa serta kelab UMNO.

"Justeru itu, menjadi keutamaan untuk memastikan setiap daripada mereka ini, yang mewakili suara bahagian masing-masing, mengambil bahagian secara tenang, jelas dan menyeluruh," katanya kepada pemberita di luar perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. - Bernama

Rencana Utama!»

Sambal bilis ibu juadah istimewa Mohd. Faiz

MOHD. FAIZ SUBRI menerima ucapan tahniah daripada bintang bola sepak Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland,malam kelmarin. AFP

Horizon!»

Kolam mandi kanak-kanak pertama DBKL

Kolam mandi kanak-kanak mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

Process time in ms: 15