PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Puteri UMNO sedia jadi 'komando', menangi hati rakyat

Puteri UMNO sedia jadi 'komando', menangi hati rakyat

03/12/2016 7:44pm

KUALA LUMPUR - Skuad #PuteriPeduli akan digembleng seperti 'komando' bagi memenangi hati dan keyakinan rakyat kepada UMNO sekali gus membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, skuad itu akan menjelajah ke seluruh negara walaupun ke hutan belantara bagi mendekati rakyat.

"Mereka inilah akan mendekati hati rakyat dengan pelbagai program bagi memastikan kebajikan rakyat terbela," katanya pada sesi penggulungan usul Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, pergerakan itu bersedia untuk bersama-sama sayap lain menanggung tugas berat tersebut dengan menubuhkan Sekretariat Unit Khidmat Pilihan Raya dalam mengatur gerak kerja bersama.

"Kalau Kakak JR (Jalinan Rakyat) perlukan tenaga, #PuteriPeduli boleh bantu sama kesan pengundi. Kalau Pemuda perlukan kami untuk kerja gerak gempur, Skuad #PuteriPeduli sedia gempur bersama!

"Saya menyeru agar kita semua berpadu tenaga dan seia sekata untuk menggempur serta menghalang percaturan petualang negara. Kita mesti menang dalam PRU14!," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 32