NEGARA

Paras kolesterol 9.6 juta rakyat Malaysia tinggi

Paras kolesterol 9.6 juta rakyat Malaysia tinggi


OBESITI yang dikaitkan dengan hipertensi dan kadar kolesterol tinggi kini merupakan masalah sebahagian rakyat Malaysia.


PUTRAJAYA – Hampir 20 juta rakyat dalam kalangan penduduk berumur 18 tahun dan ke atas di negara ini mengalami risiko penyakit tidak berjangkit berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, daripada jumlah itu seramai 3.5 juta orang me­ngalami diabetes, 6.1 juta menghidap hipertensi dan 9.6 juta mempu­nyai paras kolesterol dalam darah yang tinggi.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan katanya, lebih daripada separuh penghidap diabetes dan hipertensi tidak mengetahui penyakit yang dihidap manakala empat daripada lima orang tidak mengetahui paras kolesterol mereka tinggi.

“Prevalens obesiti juga meningkat berbanding kajian NHMS yang lepas. Sebanyak 17.7 peratus (3.3 juta orang) penduduk dewasa di Malaysia adalah obes manakala seorang daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan.

“Prevalens perokok juga masih tinggi iaitu 22.8 peratus (5 juta orang) bagi penduduk 15 tahun dan ke atas. Masalah ini begitu ketara dalam kalangan lelaki dengan prevalens sebanyak 43.0 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47