INFINITI

Gerudi sumber air bawah tanah

Gerudi sumber air bawah tanah


Sukarelawan UTHM sedang mengepam air sungai untuk kerja pembersihan kawasan sekolah.


KUMPULAN pakar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membina Tube Well bagi membantu sekolah di sekitar Gua Musang, Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir mendapatkan sumber bekalan air bersih.

Pembinaan Tube Well atau telaga air tanah itu digunakan bagi membantu membekalkan sumber air bawah tanah untuk kegunaan pihak sekolah. Ia berikutan bekalan air bersih di kawasan terbabit masih terjejas.

Pasukan FKAAS menggunakan satu alat khas bagi membantu mengesan struktur tanah di kawasan berhampiran sekolah sebelum mendapatkan bekalan air tersebut menggunakan mesin gerudi.

Pembinaan Tube Well di kawasan sekolah itu merupakan salah satu misi bantuan pasca banjir yang digerakkan di bawah Pusat Gerakan Bencana Alam UTHM yang mula beroperasi sejak 25 Disember tahun lalu.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UTHM, Shafry Salim berkata, fokus misi ketiga bantuan kemanusiaan kali ini ialah melakukan kerja-kerja pembersihan beberapa buah sekolah di daerah tersebut untuk kegunaan semasa sesi persekolahan pada tahun ini.

Seramai 100 sukarelawan yang dike­tuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Hashim Saim mula melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Maahad Muhammadi sejak 6 Januari lalu.

“UTHM dalam rangka kerjanya akan menghantar tenaga sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan di sekolah dan premis kerajaan sehingga keadaan kembali pulih.

“Bagi memudahkan segala urusan, pasukan UTHM turut membuat persediaan rapi dengan membawa peralatan lengkap bagi tujuan pembersihan termasuk mesin pengepam air untuk menyedut air di sungai berhampiran ke kawasan sekolah yang dibersihkan,” ujar Shafry.

Konvoi sukarelawan ke Gua Musang mendapat kerjasama penuh daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang. Sebahagian besar barangan keperluan seperti makanan yang dibawa dise­rahkan kepada pusat pengumpulan IPD manakala selebihnya diserahkan secara terus kepada mangsa banjir.

Pusat Gerakan Bencana Alam UTHM yang beroperasi selama 24 jam sebelum ini mula menghantar bantuan kemanusiaan sejak 28 Disember tahun lalu ke beberapa daerah di Pahang seperti Kuala Lipis dan Temerloh. Mereka turut me­ngadakan bantuan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Orang ramai amat dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir itu ke Pusat Gerakan Bencana Alam UTHM dengan menghubungi talian 07-4533442 (24 jam) atau e-mel [email protected]

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 46