PIALA DUNIA 2014

Para penyokong berpesta sepanjang malam di Berlin

Para penyokong berpesta sepanjang malam di Berlin

15/07/2014 10:51am

BERLIN – Suasana di beberapa bandar di Jerman bertukar wajah apabila beribu-ribu penyokong mengibarkan bendera dan menari di jalan-jalan raya bagi meraikan kejayaan bersejarah skuad The Team menjulang trofi Piala Dunia 2014 buat kali keempat awal pagi semalam.

Bunga api menghiasi ruang udara di seluruh Berlin selepas pengadil meniup wisel penamat, sekali gus mengesahkan kemenangan 1-0 Jerman ke atas Argentina 1-0 di Stadium Maracana di Rio de Jeneiro, Brazil.

Jalan-jalan raya di sekitar bandar raya itu turut sesak dengan kereta yang berarak sambil membawa bendera Jerman dan membunyikan hon sebagai tanda meraikan kemenangan tersebut.

Lebih 250,000 penyokong membanjiri pusat bandar raya tersebut sambil menyanyi dan menari.

“Kami akan berpesta sepanjang malam,” kata seorang penyokong, Bianca Hoffmann.

Hoffmann, 35, berkata, dia sanggup mengembara dari negeri North Rhine-Westphalia yang terletak di barat negara itu ke Berlin untuk menyertai perhimpunan Piala Dunia 2014 terbesar di Jerman.

Pihak berkuasa turut menutup jalan di monumen bersejarah Brandenburg Gate bagi membolehkan para penyokong Jerman berkumpul bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut secara langsung.

“Kejayaan ini sangat penting dan ini adalah kali pertama saya merasai kegembiraan bergelar juara.

“Kami mempunyai satu pasukan tetapi Argentina hanya mempunyai Lionel Messi,” kata seorang penyokong Jerman, Carsten Glaser, 20.

Di satu lokasi di Potsdamer Platz di Berlin, seorang lelaki melompat di atas sebuah bas, manakala beribu-ribu penyokong pula menghalang lalu lintas di bandar tersebut sambil melaungkan slogan memuji pasukan bola sepak negara itu.

Sambutan turut dirasai di satu lokasi membeli-belah di bandar Kurfuerstendamm apabila beribu-ribu penyokong bermain bunga api dan mengibarkan bendera gergasi Jerman. – AFP

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 16