PIALA DUNIA 2014

Trofi ubat duka Goetze

Trofi ubat duka Goetze

15/07/2014 10:49am

RIO DE JANEIRO – Pemain tengah Jerman, Mario Goetze mempunyai sebab tersendiri untuk meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan 1-0 skuad The Team ke atas Argentina pada final Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana awal pagi semalam.

Goetze berkata, jaringan itu dianggap sebagai satu penghormatan terbaik buat dirinya selepas melalui musim yang sukar sebaik melengkapkan perpindahan berprofil tinggi ke Bayern Munich musim lalu.

Penyerang berusia 22 tahun itu meledakkan gol kemenangan tersebut selepas menerima hantaran daripada Andre Schuerrle.

Goetze menahan bola itu dengan dada sebelum melakukan tendangan untuk menewaskan penjaga gol Argentina, Sergio Romero pada minit ke-113.

“Ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk dipercayai. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan situasi itu dan selepas menjaringkan gol, saya rasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Ia akan menjadi sambutan untuk negara dan pasukan. Impian untuk memenangi trofi Piala Dunia 2014 sudah menjadi kenyataan terutamanya apabila bermain di Brazil,” kata Goetze.

Goetze yang menggantikan Miroslav Klose pada minit ke-88 berjaya membuktikan kemampuannya untuk menjaringkan gol, sekali gus yang ke-11 untuk Jerman.

Dia akan menjadi sejarah kerana dia baharu membuat 35 penampilan di pentas antarabangsa.

Gol kemenangan itu membolehkan dia dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan Jerman menjadi negara Eropah pertama memenangi trofi Piala Dunia di benua Amerika Selatan selepas lapan penampilan.

Goetze pula kini meletakkan namanya sebaris dengan Gerd Mueller yang menjaringkan gol kemenangan Jerman Barat pada final Piala Dunia 1974 di Munich dan kedua-dua pemain itu beraksi bersama kelab, Bayern Munich.

Bagaimanapun, Goetze tiba di Brazil dalam suasana yang sukar ketika bersama Bayern.

“Saya akui, ia bukan tahun yang mudah tetapi saya gembira kerana keluarga dan teman wanita sentiasa mempercayai saya.

“Bukan mudah untuk berada di sini (Brazil) tetapi kami memang berhak untuk menjulang trofi kejuaraan ini,” ujarnya.

Goetze mula menarik perhatian jurulatih, Joachim Loew ekoran prestasi cemerlang ketika menewaskan Brazil 3-2 pada perlawanan persahabatan, Ogos 2011.

Goetze yang sering memanaskan bangku simpanan bakal dikenang kerana menghadiahkan kemenangan pertama Jerman selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1990. - AFP

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 32