TERKINI

Jerebu meruncing di Singapura dengan bacaan IPU mencecah 170

Jerebu meruncing di Singapura dengan bacaan IPU mencecah 170

19/06/2013 9:56pm

SINGAPURA - Keadaan berjerebu meruncing di Singapura dengan Indeks Pencemaran UDara (IPU) mencecah paras tidak sihat pada 170 pada 2 petang tadi.

Dalam pos di Facebooknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata: “Kami sedang memantau keadaan dari dekat dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Indonesia.

"Kita semua terjejas oleh jerebu. Petani dan pemilik ladang di Sumatera sedang membakar tanaman mereka untuk membersihkan tanah semasa musim kering, dan malangnya angin meniup asap menghala ke Singapura.

"Menteri Vivian (Menteri bagi Alam Sekitar dan Sumber Air, Dr. Vivian Balakrishnan) dan Menteri Shanmugam (Menteri Luar dan Undang-undang K. Shanmugam) telah menghubungi rakan sejawatan mereka di Indonesia bagi menyatakan perhatian berat kita dan menawarkan bantuan untuk memadamkan kebakaran,” kata Lee.

Sementara itu, Hsien Loong menasihatkan rakyat Singapura supaya duduk di rumah sedapat mungkin, terutama kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mudah mendapat gangguan pernafasan.

Jerebu asap dari kebakaran di Sumatera dibawa oleh angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, dan telah menjejas Singapura sejak 13 Jun lalu. Keadaan berjerebu ini dijangka berterusan selama beberapa hari lagi. - Bernama

Rencana Utama!»

Orang Melayu, Asli sebaka

ORANG Melayu zaman dahulu terkenal dengan ketangkasan berlawan dan bersifat pejuang.

Stailo!»

Aksesori pelengkap sisi maskulin

Obsesi pada koleksi kasut adalah normal bagi lelaki kerana ia merupakan pelengkap gaya mereka.

Varia!»

Belka lebar sayap ke Pantai Timur

Imej Michael Jackson ini dihasilkan menggunakan lapisan Belka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16