SUKAN

Bayern cemerlang, gemilang

Bayern cemerlang, gemilang

BAYERN MUNICH kelmarin bukan sahaja berjaya menebus kekecewaan musim lalu dalam saingan Liga Juara-Juara, malah menanti mereka adalah gelaran trebel apabila mereka turun dalam final Piala Jerman, Sabtu ini.


LONDON - Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes meninggalkan pasukan itu kepada penggantinya Pep Guardiola musim depan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi selepas beliau mencatat kejayaan cemerlang bersama Bayern musim ini termasuk meraih gelaran kelima Liga Juara-Juara di Stadium Wembley kelmarin.

Heynckes mengendalikan Bayern di Stadium Wembley itu dengan penuh emosi kerana bakal meninggalkan kelab tersebut musim depan, namun beliau antara individu paling gembira selepas pemain-pemain Bayern menghadiahkannya trofi keagungan Eropah selepas mereka membenam seteru utama, Borussia Dortmund 2-1 dalam aksi final.

Sebelum ini, Heynckes terlebih dahulu menghadiahkan Bayern dengan kejuaraan Liga Jerman dan bakal melengkapkan gelaran hatrik jika menang dalam perlawanan akhir Piala Jerman, Sabtu depan.

"FC Bayern akan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa mereka adalah kuasa baharu bola sepak Eropah. Tidak mustahil selepas ini Bayern Munich akan menjadi salah sebuah kuasa besar bola sepak seluruh dunia," kata Heynckes

Selain itu, kejayaan menjulang Liga Juara-Juara musim ini sangat bermakna buat Heynckes kerana berjaya mengubati kedukaan musim lalu apabila tewas dalam perlawanan akhir menerusi sepakan penalti kepada Chelsea.

Untuk rekod, pada musim lalu, Arjen Robben dipersalahkan oleh seluruh peminat Bayern kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan, namun bekas pemain Chelsea itu menjadi wira pada musim ini selepas menghasilkan jaringan kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.

"Anda tidak boleh sentiasa dianggap lemah. Heynckes merupakan individu bertanggungjawab mengangkat kembali pasukan ini selepas mula merudum pada tahun lepas," tegas Robben yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu.

Terdahulu, pemain tengah Dortmund, Ilkay Gundogan, 22, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-66 untuk menjadikan kedudukan 1-1 selepas penyerang Bayern, Mario Mandzukic meledak gol pembukaan pada minit ke-60 yang berpunca daripada hantaran lintang Robben.

Apa yang pasti, menerusi kejayaan itu Heynckes memberi mesej sangat jelas kepada Guardiola: "semuanya telah tersedia di Bayern. Anda cuma perlu membawa kejayaan selanjutnya buat kelab yang mempunyai sejarah hebat ini." - AP

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 47