PILIHAN RAYA

Polis terima 92 aduan, tahan lelaki koyak poster

Polis terima 92 aduan, tahan lelaki koyak poster

17/04/2013 5:43pm

IPOH - Polis Perak menerima 92 aduan membabitkan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya dan Kanun Keseksaan sejak pembubaran Parlimen 3 April lalu.

Jurucakapnya, Superitendan Maszely Minhad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka dan disiasat.

Jelas beliau, bagaimanapun hanya satu tangkapan telah dibuat membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun di Kamunting pada 12 April lepas.

"Dalam kejadian pukul 10 malam itu, suspek dikatakan telah mengoyak poster salah satu parti yang bertanding di Kompleks Batu 10, Kamunting.

"Insiden berkenaan disedari sekumpulan lelaki dan selepas menegur, suspek kemudiannya pulang ke rumah sebelum membawa sebilah sabit.

"Dia mengacu-acukan senjata berkenaan kepada kumpulan lelaki terbabit yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kamunting," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47