URBAN

Gerak tari BBoy pilihan juri

Gerak tari BBoy pilihan juri


BARISAN pemenang Pertandingan Tarian Gatsby Musim Ke-5 bergambar kenangan bersama pihak penganjur dan juri jemputan.


WALAUPUN hanya berlatih gerak tari signatur peribadi, BBoy, dalam masa tujuh hari, Teoh Pitt Den, 24, berjaya mendahului para peserta Pertandingan Tarian Gatsby Musim ke-5 baru-baru ini.

Pelajar animasi digital One Academy, Pulau Pinang itu mengakui walaupun latihan yang dilakukan agak singkat, namun gerak tari Bboy yang dihasilkan untuk lagu genre sentimental menyumbang markah tinggi.

“Saya menerapkan gerakan BBoy dalam sebuah lagu sentimental yang mungkin sukar dilakukan orang lain. Lagipun, kebanyakan gerak tari BBoy saya cipta sendiri,” kata Pitt Den yang menarik perhatian juri dan penonton dengan gerakan tangan, hayunan badan dan paparan keseimbangan badan yang menakjubkan.

Acara tahunan yang menjadi platform untuk menyerlahkan bakat tari dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi ini dipercayai antara yang paling berpengaruh di Asia.

Pencarian penari-penari dalam kalangan pelajar yang berlangsung pada 19 Januari lalu di gelanggang luncur ais di Sunway Pyramid, Petaling Jaya menyaksikan persaingan antara 10 finalis dari seluruh negara.

Tuah memihak kepada Pitt Den, apabila beliau menjuarai pertandingan pusingan akhir sekali gus memenangi hadiah utama wang tunai bernilai RM2,000. Pitt Den turut ditawarkan kos perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk bersaing dengan pemenang dari tujuh negara peserta yang lain dalam Pertandingan Tarian Gatsby Peringkat Akhir Asia yang dijangka diadakan di Tokyo, Jepun pada 2 Mac ini.

Menaruh harapan

“Saya akan memulakan latihan tidak lama lagi dan bersedia menemui para peserta di Jepun. Buat masa sekarang, saya akan mengekalkan gerak tari BBoy sebagai gerakan utama,” katanya yang menaruh harapan untuk menjadi juara di negara matahari terbit itu.

Dalam pada itu, pemenang hadiah kedua pula terdiri daripada kumpulan Funk P yang disertai dua orang penari, Leong Wei Lun, 23, dan Wong Bin Huei, 23, masing-masing penuntut dari Kolej Segi, Kuala Lumpur dan Universiti Multi Media (MMU), Melaka. Mereka memenangi wang tunai bernilai RM1,000 dan pelbagai produk Gatsby. “Pertandingan yang diadakan sangat sengit dan kami akur sebagai pemenang kedua. Kini, kami akan terus menari bagi memenuhi aktiviti semasa,” kata Wei Lun.


SELAKU juara, Pitt Den (empat dari kanan) berpeluang mewakili Malaysia dalam Pertandingan Tarian Gatsby Peringkat Akhir Asia di Tokyo, Jepun pada 2 Mac ini.


Kumpulan Vanity Crew yang terdiri daripada Teresa Lee, 23, Chong Shau Thin, 20 dan Phin Jia Xin, 20 meraih tempat ketiga. Ketiga-tiga pelajar Kolej Segi, Sarawak itu membawa pulang wang tunai RM500 dan pelbagai produk Gatsby.

Ahli kumpulan tersebut, Jia Xin, mahu kumpulan Vanity Crew terus menyertai pelbagai pertandingan tarian lain dan meningkatkan kemahiran sebagai penari profesional.

Tahun ini turut menyaksikan peningkatan rekod penyertaan dari seluruh negara. Aliran pengundian juga meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

Ini membuktikan populariti Pertandingan Tarian Gatsby juga telah meningkat dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang meminati seni tarian.

Legasi kejayaan

Penari Malaysia, khususnya peserta Pertandingan Tarian Gatsby mempunyai kedudukan yang tersendiri di Asia. Hal ini dibuktikan oleh Rebounce Crew yang pernah memenangi Anugerah Penggayaan pada Peringkat Akhir Asia 2012.

Pihak penganjur, Mandom Malaysia Sdn. Bhd., berharap peserta Malaysia dapat meneruskan legasi kejayaan pemenang pertandingan sebelum ini iaitu Jackson Chua dan Alex Poppin Rex selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2009.

Juara Peringkat Akhir Asia bakal menikmati peluang melancong secara percuma ke salah satu daripada lapan negara yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Tarian Gatsby.

“Berdasarkan sambutan yang semakin meningkat setiap tahun, kami yakin Pertandingan Tarian Gatsby Musim Ke-5 berjaya menarik minat kalangan pelajar Malaysia dan seluruh rantau ini,” kata Presiden, Mandom (M) Sdn. Bhd., pengedar eksklusif produk Gatsby, Daniel Chin.

Pertandingan serantau yang dianjurkan Gatsby terbuka kepada pelajar-pelajar Asia dari Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Jepun.

Sejak tahun 2008, idea asal pertandingan ini adalah untuk membolehkan para pelajar dari negara yang terlibat menunjukkan kreativiti dan keghairahan tarian secara bebas.


TARIAN BBoy Pitt Den berjaya memukau para juri untuk dinobatkan sebagai juara musim kelima pertandingan ini.


Pemenang dalam sesi uji bakat terdahulu melayakkan diri memasuki pertandingan akhir secara automatik manakala bagi peserta yang lain, pihak penganjur memuat naik video tarian Pertandingan Tarian Gatsby di laman sosial Facebook.

Peserta yang memperoleh undian Like terbanyak dalam Facebook juga diberi peluang memasuki Pertandingan Akhir Malaysia.

Bagi memudahkan penonton menonton semula tarian-tarian yang dipersembah sepanjang Pertandingan Tarian Gatsby Musim Ke-5 menerusi laman web www.gatsby.com.my/dance atau laman GATSBY Dance Competition Malaysia di Facebook boleh ditonton.

Panel juri terdiri daripada penari selebriti terkenal yang diterbangkan khas dari Jepun, Fishboy dan Charisma Kantaro. Juri tempatan pula terdiri daripada iaitu Boojae Fadzil dari Floor Fever dan Fellest Yan daripada kumpulan Royal Phantom Crew.

FishBoy ialah salah seorang penari tersohor di Jepun, mula melibatkan diri dalam Pertandingan Tarian

Process time in ms: 15