URBAN

Kedai Lonely Planet di KLIA

Kedai Lonely Planet di KLIA


PELBAGAI cenderamata ditawarkan di rak Lonely Planet KLIA.


SYARIKAT penerbitan yang cukup sinonim dengan aktiviti pelancongan dan pengembaraan, Lonely Planet membuka kedai konsep pertamanya di rantau Asia. Apa yang lebih membanggakan, Lonely Planet memilih Malaysia sebagai lokasi tersebut iaitu bertempat di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di Sydney, Australia dan Manchester, England, kedai konsep ketiga di bawah seliaan anak syarikat Lagardere Service, LS Travel Retail Asia itu menjanjikan pelbagai barangan menarik buat si pengembara termasuklah buku-buku panduan, peta dan pelbagai jenis cenderamata.

Pegawai Operasi LS Travel Retail Asia, Emmanuel de Place, berkata, kedai tersebut dibuka berdasarkan peningkatan perniagaan yang berteraskan pelancongan di rantau Asia.

Pembukaan kedai konsep dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong bagi mendapatkan bahan rujukan mengenai sesebuah negara.

“Kepelbagaian bahan bacaan yang menarik tersedia di kedai konsep Lonely Planet pasti menggamit para pengembara untuk menjadikan ia sebagai tempat persinggahan pertama sejurus selepas turun dari pesawat.

“Kami juga berasa sangat berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan KLIA bagi merealisasikan pembukaan cawangan kedai konsep baharu Lonely Planet di sini,” kata Emmanuel yang ditemui di majlis perasmian kedai konsep Lonely Planet.

Interaktif

Sementara itu, Pengurus Kanan Perkhidmatan Am Perdagangan Lapangan Terbang Malaysia, Faizah Khairuddin memberitahu, hubungan kerjasama yang terjalin antara LS Travel Retail Asia dengan pihaknya mampu menjadikan lapangan terbang sebagai salah satu destinasi gaya hidup pilihan ramai.

“Pembukaan kedai konsep pertama Lonely Planet di Asia diharap dapat memberikan manfaat kepada para pengembara yang mahukan maklumat yang lengkap mengenai sesebuah negara yang ingin mereka tuju.

“Lebih-lebih lagi setiap cawangan Lonely Planet dilengkapi dengan sebuah stesen yang membolehkan para pelanggan berinteraksi secara maya dengan kakitangan Lonely Planet di bandar Sydney dan Manchester.

“Para pengembara dapat berkongsi pendapat dan bertanyakan soalan-soalan lazim mengenai dua buah bandar itu sebelum mereka mengambil keputusan untuk ke sana,” jelasnya mengenai kemudahan yang tersedia buat para pelanggan di Lonely Planet KLIA.

Berkongsi ruang dengan jenama pakaian sukan air terkemuka Billabong, kedai konsep Lonely Planet di KLIA mengetengahkan konsep terbuka apabila para pelanggannya bebas menilik setiap barangan yang dipamerkan di sana.

Buku-buku yang padat dengan informasi mengenai percutian dan tempat-tempat menarik disusun secara sistematik mengikut benua dan abjad.

Selain daripada buku dan peta, alatan pengembaraan lain turut di jual di kedai konsep Lonley Planet antaranya sarung tablet iPad, pelindung komputer riba dan bantal leher pelbagai corak.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 32