URBAN

Nilai kepada wang jaminan TLC

Nilai kepada wang jaminan TLC


MODEL terkenal, Amber Chia turut memeriahkan majlis pelancaran pasar raya besar TLC.


GAYA hidup warga urban dalam membeli barangan runcit sudah lama berubah, khususnya mereka yang tinggal di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur.

Perubahan yang dilakukan seiring dengan trend yang dikemas kini oleh peruncit dengan menawarkan pengalaman beli-belah yang sempurna semakin mendapat perhatian.

Kini, ramai pengguna memilih untuk membeli barangan di pasar raya yang sudah sedia ada di kompleks niaga, pusat beli-belah atau di kawasan yang paling strategik lagi selesa. Mengambil kira cita rasa dan keperluan pengguna kota, pasar raya besar TLC baru-baru ini dibuka di tingkat 3, pusat beli-belah 1 Shamelin, Shamelin Perkasa, Cheras.

Dilengkapi prasarana moden dan persekitaran kontemporari, pasar raya besar TLC adalah rangkaian pertama dan mempunyai sejarahnya tersendiri.

“TLC berasal daripada nama kedai runcit tradisional yang dibuka oleh datuk saya lebih 80 tahun dahulu di Tongkah Morib, Banting. Sebagai menghormati dan menghargai pengorbanan beliau, saya menamakan kedai ini seperti yang dinamakannya dahulu, iaitu akronim bagi Tong Lee Chan,” demikian kata Pengarah Urusan TLC Supersaver Sdn. Bhd., Yong Kee Mee.

Tambahnya, TLC menjamin pelanggan mendapat nilai yang lebih daripada wang yang dibelanjakan. Pihaknya amat optimis dalam memastikan wang yang dibelanjakan itu mendapat pulangan kepuasan di samping memastikan pengalaman beli-belah dalam suasana mesra pelanggan.


SUSUN atur barangan yang kemas dan ruang laluan yang lebar memudahkan orang ramai membeli-belah.


Beroperasi di kawasan seluas 115,000 kaki persegi (10,680 meter persegi), pasar raya besar itu membekalkan hampir semua jenis produk baik daripada produk makanan segar seperti sayur-sayuran, daging, ayam dan ikan hinggalah kepada keperluan umum lain termasuk produk sanitasi, kecantikan, kosmetik dan barangan bayi.

Sementara itu, bahagian jualan produk bukan halal diasingkan sebagai menghormati sensitiviti pelanggan Islam.

“Kami mahu pelanggan berasa selesa dan mendapatkan semua produk di dalam satu hentian pada harga murah,” kata Kee Mee yang teruja dengan respons oleh pelanggan pada hari pertama pembukaan.

Dibuka di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah kawasan perumahan dan komersial yang sibuk, TLC di pusat beli-belah 1 Shamelin mempunyai akses pengangkutan yang sangat mudah.

Pusat beli-belah 1 Shamelin itu sendiri menawarkan pelbagai kemudahan dan prasarana seperti pusat gim Gorgeous Fitness, pawagam TGV, karaoke K-City Family, Akademi Badminton Pioneer, pelbagai gerai makanan dan minuman serta butik pakaian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pasar raya besar TLC, sila layari www.TLChypermarket .com.my.

Dalam pada itu, TLC juga mengalu-alukan para pelanggan berdaftar sebagai ahli kad kesetiaan untuk mendapatkan lebih banyak manfaat dan keistimewaan.

Process time in ms: 31