URBAN

Terjemahan lensa pelajar UiTM

Terjemahan lensa pelajar UiTM


PARA pelajar bergambar beramai-ramai selepas perasmian pameran fotografi Malaysia:Dari Lensa Mahasiswa di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, UiTM Shah Alam.


JABATAN Fotomedia Kreatif, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan pameran fotografi di Galeri Seni Tuanku Zahirah pada penghujung tahun lalu.

Galeri yang bertempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itumenjadi tumpuan ramai bagi menghayati pameran fotografi Malaysia: Dari Lensa Mahasiswa.

Ia melibatkan hail karya seramai 60 pelajar dengan bimbingan pensyarah fakulti tersebut.

Tajuk yang ditonjolkan menerusi pameran itu memberi penekanan kepada kepentingan fotografi dalam penyampaian mesej perpaduan yang mengandungi mesej 1Malaysia.

Pameran yang menampilkan 400 karya fotografi pelajar semester akhir FSSR itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Pensyarah yang mengetuai projek tersebut, Mohamad Azlan Mohamed Amin memberitahu, dengan menggunakan teknik-teknik yang dipelajari semasa sesi kuliah, pelajar-pelajar berpeluang merakamkan momen sebenar kehidupan masyarakat di Malaysia.


BANYAK yang boleh dihayati daripada setiap gambar yang dipamerkan.


“Karya fotografi yang dihasilkan penuh dengan elemen semula jadi dan ia dirakamkan di seluruh Malaysia. Projek ini juga merupakan tugasan terakhir mereka sebelum menamatkan pengajian di UiTM.

“Pihak JPNIN turut memberi dana untuk digunakan oleh pihak fakulti bagi membawa rombongan pelajar ke beberapa negeri seperti Kelantan, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Kedah,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi pelancaran pameran itu baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut hadir sebagai tetamu terhormat bagi merasmikan pameran Malaysia: Dari Lensa Mahasiswa.

Selain itu, karya-karya fotografi yang dipamerkan cukup unik kerana ia mengalunkan nada-nada visual yang harmoni, penceritaan yang berbentuk visual dan hujahan visual yang padat dengan mesej perpaduan di Malaysia.

Momen penting

Seorang pelajar yang terlibat dalam pameran tersebut, Amierah Noor Ibrahim, 22, memberitahu, tema 1Malaysia yang ditetapkan oleh JPNIN itu telah memberi idea kepadanya untuk merakamkan momen penting sekitar Festival Citrawarna Malaysia 2011.

“Saya telah menghabiskan banyak masa ketika berada di festival itu untuk mendapatkan momen semula jadi yang bertepatan dengan tema yang diberikan. Hasilnya ialah ia melambangkan pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan menggunakan aspek pakaian subjek utama.

“Pilihan pelbagai acara yang melibatkan perpaduan ketika itu juga banyak dan saya serta rakan-rakan terpaksa berkejar-kejar untuk ke setiap acara itu,” ujarnya yang telah menamatkan pengajian di UiTM hujung tahun lalu.

Sementara itu, pelajar semester lima Jabatan Fotomedia Kreatif, FSSR, Aiman Zhafran, 22, pula berpendapat bahawa pameran itu telah memberikan sumber inspirasi kepadanya untuk menghasilkan karya fotografi yang mantap.

“Saya dapat melihat bahawa sumber rujukan kebanyakan senior saya menerusi pameran ini lebih terarah kepada teknik fotografi yang dihasilkan oleh saluran dokumentari National Geographic. Ini juga telah memberi pendedahan kepada saya mengenai pelbagaian dalam teknik fotografi,” ujarnya.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 16