TERKINI

Geng Mat Lazim dipercayai edar dadah tumpas

Geng Mat Lazim dipercayai edar dadah tumpas

02/10/2012 2:29pm

TEMERLOH Polis Temerloh berjaya menumpaskan satu kumpulan dipercayai pengedar dadah dikenali sebagai Geng Mat Lazim dengan tertangkapnya seorang lelaki ketua kumpulan dan teman wanitanya dalam satu operasi di tepi Jalan Pintasan Mentakab, dekat sini pada 28 September lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata, dalam serbuan pukul 3.30 petang itu, pihaknya merampas dadah jenis syabu dan heroin seberat 227.8 gram bernilai RM10,000 dalam kereta Perodua Viva dinaiki suspek ketika ditahan.

"Polis menjumpai wang tunai RM2,280 dipercayai hasil jualan dadah di sekitar Kuala Krau, Kerdau dan Songsang. Geng Mat Lazim ini baru tiga bulan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zundin berkata, suspek berusia 23 tahun dan teman wanitanya berusia 17 tahun itu kini direman tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. BERNAMA

Process time in ms: 31