TERKINI

PTPTN: Senarai hitam peminjam kena tindakan saman

PTPTN: Senarai hitam peminjam kena tindakan saman

10/09/2012 2:28pm

TEMERLOH Tindakan menyenarai hitam hanya diambil ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang ingkar dan mereka yang dikenakan tindakan saman atau Letter of Demand (LOD) sahaja.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987 Akta 556, membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam ingkar daripada ke luar negara.

"Tindakan ini hanya dilakukan terhadap peminjam atau penerima yang degil dan culas bayar pinjaman walaupun diberi peringatan berkali-kali," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau bersama anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad di Padang Kampung Pulau Pasir Mandi, di sini hari ini.

Beliau berkata, mulai Ogos 2008 sehingga akhir Julai lalu, pihaknya menyenarai hitam dan melarang 132,801 peminjam ke luar negara melalui kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.

Daripada jumlah tersebut katanya, 28,319 peminjam atau penerima membayar balik pinjaman dengan kutipan RM194.60 juta. BERNAMA

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31