NEGARA
PM lancar rangka kajian pendidikan

PAGOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan rangka tindakan kajian semula pendidikan nasional pada 11 September ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, rangka tindakan itu mengandungi pelbagai cadangan penting merangkumi semua aspek ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara.
Katanya, selepas tiga bulan dilancarkan, rangka tindakan itu akan dipamerkan kepada umum untuk mendapat maklum balas daripada pihak yang berkaitan sebelum dirumuskan dan dibawa ke Kabinet.
“Pelaksanaan kajian semula itu akan dilakukan secara tiga gelombang bagi tempoh 13 tahun dengan gelombang pertama selama tiga tahun manakala kedua dan ketiga pula masing-masing lima tahun,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan
KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

