DIVA INTERAKTIF
Syafiq Yusof tunang tahun depan
![]() |
|
SYAFIQ YUSOF |
DALAM kemeriahan warga negara Malaysia menyambut kepulangan hero Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, si Syafiq Yusof juga sempat menyuarakan hasrat hatinya untuk membikin sebuah filem tentang hero tersebut.
Bagus niat Syafiq tu tapi Diva rasa dia kena tengok dulu sambutan filem perdananya, S.A.M yang akan menemui para peminat di pawagam pada raya pertama ini.
Selain berdebar menunggu respons khalayak tentang filem yang mengetengahkan Lisa Surihani dan Sam Shaheizy tersebut, Syafiq sempat berkongsi cerita yang boleh buat orang lain berdebar mendengar.
Katanya, dia mahu bertunang pada tahun hadapan dengan kekasihnya yang sama-sama belajar di KLMU.
Namun Diva dapat tahu, jutawan filem Datuk Datuk Yusof Haslam tak berapa gemar anak terunanya itu berkahwin sebelum capai umur mengundi.
Pesan Diva, cukupkan ilmu dan paling penting kena dapat restu keluarga.
Diva: Teringat lagu Manis Masa Bercinta.
Varia!»

Seni Mod terserlah di Mods Cafe
VAN lama model Volkswagen menjadi tempat barista menyediakan kopi.




Marliana pilih gaya moden
Pesakit tidak menunggu lama di SDH Park City
Penyakit aras 2,400 meter

