NEGARA
Sukhairi juara Kuiz Silang Kata Bersiri PPZ-MAIWP

KUALA LUMPUR - Impian bapa kepada dua cahaya mata, Sukhairi Sulaiman, 32, untuk menunaikan umrah akhirnya tercapai apabila dia muncul sebagai pemenang utama peraduan Kuiz Silang Kata Bersiri anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama akhbar Kosmo!.
Dia yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu berjaya memenangi pakej umrah untuk seorang bernilai RM6,000 tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
"Pada mulanya saya langsung tidak menyimpan hasrat untuk menang hadiah utama tetapi sekadar ingin menajamkan lagi ilmu mengenai zakat.
"Ini merupakan rezeki paling berharga untuk saya pada bulan Ramadan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kuiz Silang Kata Bersiri PPZ-MAIWP.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak
PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

