HIBURAN

Kemunculan kumpulan T-ara dikecam

Kemunculan kumpulan T-ara dikecam


Hwayoung disingkirkan daripada kumpulan T-ara baru-baru ini.


KUMPULAN wanita T-ara yang baru-baru ini mengejutkan industri hiburan di Korea Selatan berhubung isu buli salah seorang anggota mereka iaitu Hwayoung yang kini telah sah keluar daripada kumpulan itu dikecam hebat oleh penonton ketika kemunculan mereka dalam program hiburan Quiz Change The World.

Program yang bersiaran pada 4 Ogos lalu telah mengejutkan penonton apabila rakaman yang menunjukkan kemesraan kumpulan T-ara tanpa Hwayoung tidak disunting keluar oleh pihak penerbitan daripada program tersebut.

Kumpulan T-ara membuat rakaman program tersebut sebelum isu buli itu hangat diperkatakan. Dalam program itu, tiada tanda ketegangan yang berlaku ditonjolkan apabila anggota kumpulan T-ara, Eunjung, Jiyeon dan ahli baharu kumpulan itu Ahreum memberi kerjasama yang baik.

Mereka bertiga juga sempat membuat demonstrasi tarian lagu Day By Day sementara ahli baharu Ahreum juga diberi peluang untuk menunjukkan skil tariannya. Selain itu, mereka juga bercakap tentang aktiviti promosi di luar negara.

Meskipun media hangat memperkata isu buli itu, tetapi pihak agensi T-ara, Core Contents Media menafikan perkara tersebut dan menyifatkan kontroversi buli itu sebagai berita tidak benar. Kontrak Hwayoung bersama kumpulan itu turut dibatalkan. Kini kumpulan T-ara memutuskan untuk menghentikan segala aktiviti seni mereka sehingga isu buli itu surut.

Varia!»

Logo kuih baulu Politeknik Metro

PARA pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Politeknik Metro Kuala Lumpur menggunakan sistem giliran bertugas bagi menyiapkan kuih baulu.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15