NEGARA

Helikopter terhempas, 3 hilang

Helikopter terhempas, 3 hilang


INILAH model helikopter Eurocopter EC 120 yang sama dengan yang terhempas di Muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau semalam. Gambar kecil: Rico.


SAMARAHAN Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang dinaiki empat penumpang termasuk seorang juruterbang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, juruterbang warga Jerman itu terselamat manakala tiga mangsa lain yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dilaporkan hilang.

Ketika kejadian, helikopter milik seorang ahli korporat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 8.57 pagi itu dalam penerbangan ke Nanga Merit, Kapit dipercayai untuk melawat projek bagi sebuah sekolah di kawasan itu.

Jarak antara lokasi kejadian dengan KIA kira-kira 190 kilometer.

Juruterbang, Rico Steger, 35, dikatakan terapung sebelum dibawa arus Laut China Selatan selama empat jam, kira-kira 20 kilometer dari lokasi terhempas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Stailo!»

Stereostar Clothingdidik remaja Muslim

PERANAN simbol, nombor dan tulisan jawi dapat membantu anak-anak muda memahami konsep asas Islam menerusi fesyen.

Varia!»

Pameran seni anjuran korporat

STOWE (dua dari kanan) dan Serenella (tiga dari kiri) pada pelancaran buku Prudential Malaysia Eye: Contemporary Malaysian Art baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16