NEGARA
Lahirkan pemimpin belia aktif

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan Akademi Latihan Kesukarelawan Malaysia dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pemimpin belia yang aktif menjalankan aktiviti membabitkan sukarelawan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu berkata, kemudahan sedia ada yang dimiliki KBS sudah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai pusat latihan yang bakal menjadi sebuah badan pentauliahan untuk bidang kesukarelawan.
Usaha yang terhasil melalui Makmal Transformasi Belia yang diadakan pada 2010 itu, ujarnya, akan menjalankan kursus, latihan dan kajian dalam memperkasakan perancangan aktiviti sukarelawan yang membabitkan golongan muda.
"Segala perancangan mengenai penubuhan tersebut memasuki fasa terakhir dengan koordinasi beberapa rakan strategik KBS yang turut sama aktif dalam bidang tersebut dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kita mahu golongan belia yang bertaraf pemimpin kesukarelawan dilahirkan menerusi institusi ini dan seterusnya memperkembangkan tahap kematangan mereka dalam memberi sumbangan kepada negara," katanya selepas melancarkan Pasukan Yayasan Penyelamat Bencana Elit Malaysia di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

