VARIA
Fabrik Lahore di Hartamas

MEMILIH untuk berniaga dalam bidang fesyen tentu sekali satu cabaran yang besar, apatah lagi kalau menyasarkan pasaran khusus yang mementingkan kualiti.
Fasia Ashtaq, 31, percaya koleksi kain dan pakaian serta aksesori yang dipilih secara peribadi dari Lahore, Pakistan, salah satu bandar raya fesyen di Asia Selatan itu mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Kualiti fabrik yang dihasilkan pengusaha dan pereka di Pakistan itu dijamin sebagai terbaik dan merupakan rekaan tunggal bagi setiap satu. Rekaan-rekaan itu sama sekali tidak diulang hasil, menjadikan koleksi VOG Collection sangat eksklusif.
“Semua fabrik di sini dijamin ditenun menggunakan tangan dan kerja-kerja jahitan manik serta jemeki juga dilakukan menggunakan tangan,” kata Fasia.
Berlokasi di Hartamas Shopping Centre di Plaza Damas, butik VOG Collection menyediakan pelbagai jenis fabrik kain antaranya kain kapas bersulam, kapas sifon, sutera dan sutera casarubia (Swiss).
“Kain-kain ini amat sesuai dijahit menjadi baju kurung, kebaya, salwar kameez, churidar atau kaftan,” kata Fasia yang juga seorang warga Pakistan.
Trend terkini
Fasia turut berkongsi tip trend rekaan fesyen masa kini yang menjadi ikutan ramai termasuk selebriti tempatan yang membeli kain di butik beliau.
“Rekaan gaya empayar Moghul yang mengutamakan tenunan manik dan jemeki pada bahagian dada dan pergelangan tangan menjadi trend.
“Kebanyakan kain yang diimport semuanya berasaskan fesyen tersebut,” kata Fasia lagi merujuk kepada kain fabrik termasuk kain separa siap yang dipertonton pada patung di butiknya itu.
Di samping kain fabrik, VOG Collection turut menyediakan pakaian kurtha wanita lengkap atau separa siap kepada mereka yang memilih fesyen kasual dan ringkas.
“Kami turut membawa masuk pelbagai aksesori seperti anting-anting, subang dan gelang serta kasut dari Pakistan,” kata wanita itu yang sudah enam tahun bermastautin di Malaysia mengikut suaminya.

Menawarkan pilihan pakaian dan fabrik pada harga sekitar RM100 dan ke atas serta RM69 ke atas bagi pakaian kurtha, Fasia mengakui tawaran harga di VOG Collection amat berpatutan memandangkan beliau berurusan secara langsung dengan pengusaha dan pereka fesyen tanpa menggunakan orang tengah.
“Lazimnya, pelanggan mahu membeli kain terpilih tetapi pada harga yang berpatutan. Satu-satu caranya ialah tanpa melibatkan ramai orang tengah. Oleh kerana saya mengenali pengusaha fesyen di Pakistan, ia memudahkan saya menawarkan harga istimewa,” katanya lagi.
Lebih menarik, VOG Collection turut menjual tudung yang boleh disesuaikan dengan pilihan fabrik yang dibeli kelak.
Bagi memudahkan pelanggan, Fasia turut menerima tempahan menjahit yang menjadikan VOG Collection sebagai pusat sehenti membeli fabrik, aksesori, tudung dan menjahitnya sekali gus dalam tempoh masa yang dijanjikan.
Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Fasia turut mengenakan jualan promosi apabila pelanggan diberikan tawaran diskaun sehingga 50 peratus, beli satu percuma satu dan harga promosi untuk fabrik serta aksesori.
Varia!»

Jam tawaf makin popular
SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.



Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

