STAILO
Kasut bermutu di Bratpack

KUMPULAN Primer sekali lagi meluaskan empayar fesyen jenama Bratpack dengan pembukaan butik terbaharu di gedung E@Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada Mac lalu.
Ini merupakan butik yang keempat selepas rangkaian cawangan Bratpack di pusat beli-belah Great Eastern Mall, Hartamas Shopping Centre dan Bangsar Village II, Kuala Lumpur.
Di Bratpack, selain koleksi pakaian dan beg stail kasual, para pengunjung juga berpeluang mendapatkan seleksi selipar dan kasut konsep sukan, santai, funky dan trendy.
Menariknya, himpunan selipar dan kasut di Bratpack ideal digayakan oleh semua lapisan umur bermula daripada golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Antara jenama yang ditawarkan ialah Ellesse, Sanuk, Native, The North Face, Boxfresh, Tretorn dan FitFlop.
Menurut Pengarah Urusan, Primer Kenrich Sdn. Bhd., Hooi Jacobs, Bratpack ialah salah satu pusat sehenti pelengkap gaya yang hadir dalam pelbagai jenis material, warna dan rekaan yang memenuhi cita rasa masyarakat moden kini.
![]() |
|
PILIHAN kasut untuk keperluan sukan juga disediakan di Bratpack. |
"Segalanya ada di sini. Pengunjung bebas memilih pakaian, beg mahupun kasut yang berkenan di hati. Selain itu, jangan ketinggalan mempraktikkan konsep suai dan padan item fesyen yang dihasilkan mengikut peredaran fesyen semasa.
"Kami gembira kerana masyarakat tempatan dapat menerima baik butik Bratpack. Lagipun, kesemua jenama yang ditawarkan di sini mempunyai keistimewaan, kualiti dan daya tarikan yang tersendiri," jelas Jacobs selanjutnya.
Misalnya, jenama Ellesse menawarkan rangkaian produk sukan yang diinspirasi daripada gaya Itali. Permintaan orang ramai terhadap produk Ellesse sentiasa menggalakkan meskipun tahun ini jenama berkenaan genap lima dekad berada dalam pasaran fesyen antarabangsa.
![]() |
|
GAYA santai jejaka boleh dijelmakan melalui pilihan kasut jenama BrSanuk. |
Sementara itu, bagi individu yang menitikberatkan aspek gaya dan kesihatan otot kaki, selipar FitFlop antara jenama yang sesuai. Ia dihasilkan daripada teknologi Microwobbleboard yang membantu menguatkan otot kaki sewaktu berjalan.
Bagi pembeli yang cerewet soal kualiti dan rekaan yang kemas, jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi kasut jenama Supra. Kerja-kerja tangan sepanjang proses pembuatan kasut dilakukan dengan begitu teliti dan halus malah individu akan mendapati rekaan kasut Supra unik berbanding kasut jenama lain.





Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

